Quantcast
Channel: Aerill Hassan™
Viewing all 1569 articles
Browse latest View live

Muzik : Keluarga Alat Muzik Brass

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Keluarga Alat Muzik Brass


Alat muzik brass. Di dalam orkestra simfoni atau wind orkestra , terdapat alat muzik brass , wood wind , perkusi , dan juga strings. Untuk kali ini angah akan ceritakan tentang alat muzik brass. Angah mengenali alat muzik brass ketika di bangku sekolah menengah. Angah merupakan salah seorang pemain alat muzik brass.

 Alat Muzik Brass 


Cornet
cornet

Cornet  merupakan satu alat yang hampir serupa dengan trumpet. Berbeza hanya dari segi saiz , ton kualiti yang lebih merdu. Cornet banyak digunakan untuk Concert Band, Brass Band, dan juga Jazz Ensemble.

Trumpet
Trumpet

Trumpet merupakan alat muzik yang tertinggi sekali di dalam keluarga brass. Sejarah mengenai trumpet dapat diketahui bermula 1500 sebelum masihi lagi. Ada pelbagai jenis trumpet yang bterdapat di pasaran , tetapi yang sering digunakan ialah B trumpet. "Range" bunyi trumpet bermula dari F♯ bawah midle C sehingga 3 oktaf.

Flugelhorn
Flugel Horn

Flugel horn merupakan alat yang asalnya menyerupai trumpet, tetapi mempunyai lebih luas permukaan "serombong"nya. Bunyi yang dihasilkan di katakan adalah ditengah-tengah antara trumpet dan juga french horn. Flugel horn banyak digunakan di dalam brass band , jazz dan juga pop muzik.

French horn
French Horn
French horn ataupun lebih dikenali dengan nama Horn. Terdapat pelbagai jenis horn di luar sana. Antaranya mellophone,  marching horn dan juga Vieena Horn.  Di dalam orkestra , kebiasaanya pemain horn akan dikategorikan kepada dua , "high" horn ataupun "low" horn.

Trombone
Trombone

Trombone, berbeza dengan alat muzik lain di dalam keluarga brass , trombone tidak mempunyai"valve" tetapi trombone mempunyai "slide". Slide itu digunakan untuk mengubah bunyi yang dihasilkan. Trombone juga mempunyai pelbagai jenis, antaranya tenor trombone, bass trombone dan juga alto trombone.

Baritone Horn
Baritone Horn

Baritone Horn merupakan alat bernada rendah yang terdapat di dalam keluarga brass. Ianya sama seperti tuba, euphonium dan juga trombone. Ton yang dihasilkan ialah diantara bunyi trombone dan juga euphonium. Walaupun baritone horn dan juga euphonium kelihatan serupa, tetapi euphonium mempunyai tiub yang lebih besar dan juga "serombong" yang lebih besar.

Euphonium
Euphonium

Euphonium merupakan alat muzik yang bermaksud "sweet sound". Selalunya orang akan keliru euphonium dan juga baritone horn. Tetapi kedua-duanya mempunyai perbezaaan ketara. Bunyi yang dihasilkan euphonium lebih "darker" manakala bunyi baritione horn pula lebih"bright". 
Tuba
Tuba

Tuba merupakan alat muzik terbesar dan paling rendah bunyinya di dalam keluarga brass. Terdapat pelbagai jenis tuba antaranya ialah contrabass tuba, bass tuba, tenor tuba, dan juga subcontrabass tuba. Kebiasaanya tuba dimainkan di dalam wind orchestra simfoni dan juga jazz.


Kedudukan Alat Muzik Brass di dalam orkestra


Wind Orkestra

Wind Orkestra


Full Orkestra

Full orkestra


Sememangnya semua alat-alat muzik di atas merupakan alt muzik yang klasik yang popular di Barat. Di Malaysia, alat muzik ini popular di kalangan pelajar sekolah yang mempunyai pancaragam. Selain itu , terdapat juga pertandingan-pertandingan yang diadakan di Malaysia.

Anda nak tahu angah pernah main alat yang mana? Hampir ke semua di atas angah pernah main. Tetapi alat yang paling lama angah main ialah Euphonium iaitu dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima.

Sekian. 



Review : Set Kurus Terbaik

$
0
0

Set Kurus Terbaik

Set Kurus Terbaik


Pastinya Hari Raya nanti, ramai yang teringin kurus untuk bergaya bersama baju raya terbaik masing-masing. Sebagai wanita, spare part di bahagian perut, lengan dan peha amat membimbangkan jiwa dan raga. Walaupun berpuasa cukup sebulan, namun lemak-lemak degil amat sukar dibuang. Di sini CN nak berkongsi bersama anda Set Kurus Terbaik hanya dari Shaklee dengan bajet yang rendah dan mampu milik. 

Dengan Set Kurus Terbaik ini, anda bukan sahaja boleh selim melim di pagi raya, malah bertenaga sepanjang berpuasa. Tiada lagi muka lesu dan lembik ke tempat kerja kerana berpuasa. Bonus untuk ibu menyusu, bukan sahaja dapat kurus, malah susu badan bertambah-tambah dan pekat ! 

Set Kurus Terbaik


Cuma perlu diingatkan, jika anda mengambil Set Kurus Terbaik ini, pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk memudahkan suplemen tersebut menjalankan tugasnya dengan mudah dan lancar. Tanpa air, siapalah suplemen yang berderet-deret ini. 

Keberkesanan sesuatu suplemen juga bergantung kepada tahap kekonsistenan pengambilan suplemen tersebut. Jika anda skip pengambilan suplemen dan makan ikut suka hati, jangan mimpilah nak dapat badan selim melim macam Fazura tu ! Semua itu perlu usaha dan kekonsistenan ye. 


Berminat untuk dapatkan Set Kurus Terbaik ini ? Hanya hubungi nombor di bawah atau anda boleh terus membeli belah di SINI>>>



=====================================================================

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / konsultasi / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi CN seperti di bawah:

Email: norazimah15@gmail.com
 SMS/whatsapp : 017-4992305

=====================================================================




TESTIMONI SET SLIMMING


Set Kurus Terbaik


============================================================================


Set Kurus Terbaik


=========================================================================

Set Kurus Terbaik



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Siapakah Orang ROHINGYA ??!!...

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Rohingya , Myanmar

Siapakah Orang ROHINGYA ??!!

Isu yang sedang hangat seakrang ini ialah PELARIAN ROHINGYA. Hampir setiap hari ada berita di mana-mana stesyen televisyen, pasti akan ada berita mengenai PELARIAN ROHINGYA. Diakui bahawa merka merupakan mangsa keadaan. Pelbaga cerita dan khabar angin mengenai etnik itu tersebar meluas. Jadi , angah ingin memberitahu anda mengenai cerita tentang Orang Rohingya.


Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma ( Myanmar ). Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan ).

SEJARAH

Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.
Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.

Pencabulan Hak-hak Asasi Kemanusiaan


Rohingya , Myanmar

Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.
"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."
"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."
"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."
Pada 6 Februari 2009, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatra pada Januari 2009.


PELARIAN

Rohinya, Myanmar

Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. 
Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,Pakistan, Arab Saudi, UAE, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.
Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan. Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.

PENAFIAN HAK WARGANEGARA

Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara ini pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.
Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara ini sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948 serta anak mereka, dianggap sebagai warganegara.
Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara ini.
Pada asasnya, sukar untuk kebanyakan keturunan Bengali mendapatkan status warganegara dan mereka menghadapi diskriminasi selain pergerakan yang dihadkan, isu perkahwinan dan anak.
Sumber : Wikipedia

Semeangnya isu ini bukan sahaja melibatkan negara, tetapi juga agama. Sukar untuk angah beritahu bagaimana perasaan angah bila mana melihat berita-berita tersebut dipaparkan di kaca televisyen. Apa yang angah mampu lakukan? Hanya berdoa semoga mereka diselamatkan. In shaa ALLAH.

Sekian 

Kata Kunci ( Keyword ) 20.5.2015

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kata Kunci ( Keyword ) 20.5.2015


Sekali lagi, entri keyword. Alhamdulillah. Ada antaranya angah tak jangka, apabila ada keyword menarik dan pelik. Contohnya seperti diari salmah. Masa bila angah buat cerita mengenai salmah? Walau bagaimanapun, angah dah kupas secara lebih mendalam di bawah ini.



review hati perempuan episod akhir



Demam drama Hati Perempuan masih melanda, apabila kisah mengenainya masih lagi dicari orang ramai. Entri angah pada tanggal sebulan yang lalu, masih lagi menjadi tarikan orang ramai.


air detox



Gaya hidup sihat. Ketaksuban wanita zaman kini ingin kurus dan cantik telah berubah apabila menemui cara paling pantas untuk menjaga kesihatan di samping dapat menguruskan badan.


diari salmah


Apabila angah search diari salmah di Google , angah terkejut kerana entri ini terletak di antara senarai carian cerita lucah. Walaubagaimanapun, terselit juga entri angah di antara cerita lucah-lucah yang dicari orang. Astagfirullahhalazim..


jalan puncak alam



Masih lagi menjadi carian orang ramai , kisah jalan puncak alam, sebuah kisah seram yang baru sahaja ceritanya di tayangkan di pawagam. Sebuah kisah yang seram bagi anda yang sering berjalan di waktu malam.


komen filem cicakman 3



Pada entri keyword yang sebelum ini , entri berkenaan cicakman menjuarai carta, manakala kali ini ianya jatuh sedikit. Kisah mengenai filem cicakman yang angah anggap sebagai gagal dan tidak berjaya.


biodata mawar rashid



Kisah mengenai seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015 yang telah angah tulis d dalam satu entri. Mengenai biodata, beliau terkenal dengan kisah gempar beliau mengenai GST.



gambar istiadat pertabalan sultan perak



Perkongsian mengenai gambar -gambar ketika istiadat pertabalan Sultan Perak yang terbaru. Gambar-gambar ang menunjukkan suasana adat melayu kerabat di raja yang masih lagi di amalkan di bumi bertuah ini.


hati perempuan


Sebuah entri yang ditulis setelah drama itu selesai tayangannya. Betapa hebatnya penangan drama adaptasi melayu sekarang ini. Hampir semua orang bercakap-cakap mengenainya tidak kira dari sisi positif mahupun negatif.


singa jinak



Sebuah entri yang ditulis mengenai gambar-gambar pelik.
Kata - kata akhir :
Nampaknya ada antaranya carian orang ramai telah terkena pada entri entri terdahulu. Terima kasih diucapkan kepada semua. Kerana mencari entri yang bagus dan akhirnya jumpa juga di blog ini. Heheh. Terima kasih. 



Fakta Anak Bongsu

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Anak bongsu sahaja boleh copy. 

Fakta Anak Bongsu

1. Senang memaafkan orang.
2. Garang macam harimau tapi hanya sesetengah orang.
3. Kalau gelak tak ingat dunia.
4. Sensitif, hati lembut.
5. Ramai peminat.
6. Mudah menyayangi orang lain jika orang itu mengambil berat tentang dirinya.
7. Sukar melupakan orang yang dia sayang.
8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai.
9. Senyuman tetap di bibir walaupun sedang sedih.
10. Sentiasa mengingati kawan lamanya.
11. Romantik & penyayang.
12. Manja & pemurah hati.
13. Peramah
14. Takut gelap.
15. Kaki shopping & suka melancong.
16. Suka memasak & bagi orang makan masakannya.
17. Rajin
18. Nak tahu merajuk ke tak senang je, kalau diam tu tandanya tengah merajuk.
19. Kalau ada orang mintak tolong mesti mereka akan tolong.
20. Kalau tengah tido senang je nak kejutkan sebab tak tido mati.

Fuhh.. angah bukanlah anak bongsu. Angah merupakan anak kedua dalam keluarga, tetapi suka untuk angah share fakta yang kononnya tepat untuk semua anak bongsu sedunia. Boleh percaya ke? Hehe

Sekian. 
 

Tazkirah Jumaat : Berdoalah

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


"Jangan tinggalkan dia yang BAIK 

Demi mencari yang LEBIH BAIK
Apabila seseorang itu MENYAKITI kamu , BERDOALAH kepada Allah agar kamu tidak melakukan sedemikian terhadap orang lain."

Sebagai seorang manusia, mencari sesuatu yang lebih baik dalam hidup adalah lumrah dalam kehidupan. Tetapi jika kita sudah menjumpai sesuatu yang baik , mengapa perlu ditinggalkan? Jangan kerana itu , kita terlepas sesuatu yang penting.
Serupa juga apabila kita disakiti seseorang ,jangalan kita melakukan perkara serupa terhadap orang lain. Percayalah , jika kita diciptakan untuk bertindak sedemikian rupa , nescaya kita tidak akan dilahirkan. 

Sekian.

Review Sayidah Napisah | Kenapa Angah Tak Suka KC !!

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kini tibalah masanya untuk angah mereview seorang wanita hebat yang diberi nama Sayidah Napisah. Seorang yang dikenali hasil angah sertai satu pertubuhan blogger hebat masa kini iaitu Exchange Feed Group. Wanita ini dikenali dengan nama ringkasnya iaitu KC yang membawa maksud kak cik. Kc, berumur 19+5+6+3-2-9.* kira sendiri
Kenapa Angah Tak Suka Dengan Kak Cik??!!

1. Menggelarkan dirinya sebagai Kak Cik, Sayidah Napisah seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun Universiti. Bagus jadi tenaga pengajar tetapi , mengapa jadi tenaga pengajar dan bukannya tenaga lain??
2. KC yang ramah dan mudah mesra, menjadi mangsa usikan dan dia juga apa kurangnya suka mengusik juga. Mudah mesra? Kadang-kadang angah rasa KC ni mesra dengan semua orang, sampaikan angah rasa jeles, eh?* tetiba


3. KC dan makanan tiada berpisah. Bertuahnya badan disumbat-sumbat makanan pon tiada gemuknya. Suatu yang pelik. Selalunya perempuan kalau bab makanan agak kontrol sikit, sebab nak jaga badan, tapi KC ni pelik pulak.

4. KC yang tua dari usianya daripada ramalan how-old.net  HAHAHAHAAA. Wow, nampaknya ramalan itu benar belaka, hehehe *gurau


5. KC dan trademark senyum colgatenya tiada berpisah juga. Senyuman penambat hati abang-abang dan kakak-kakak EFG. Yang ni paling angah tak suka, kenapa senyuman macam iklan colgate? Kenapa senyuman angah tak macam iklan colgate? Hurm...


6. Rupanya model colgate sejak dari sekolah. Rupanya KC ni dari zaman sekolah lagi dah sedemikian rupa, memang duta Colgate dari zaman remaja ke? Heheh


7. Bercita-cita menjadi cikgu/pensyarah/ngajar tuisyen atau sewaktu dengannya.  Okay, untuk fakta ini, angah rasa baguslah, sebab boleh berbakti untuk anak-anak bangsa. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat kelak.



8. Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Kak Cik di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya.Awalnya blogging??!! Tapi rasanya angah lagi awal sebab angah start umur 15. Hahahaha, angah menang!! *gurau
9. Kak Cik sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik! Amboi!! Matematik??!! Kalau angah zaman belajar dulu-dulu, matematik pun antara subjek yang angah suka,tapi setelah adanya subjek Matematik Tambahan, terus minat angah lari ke subjek lain.
10. Kc yang aktif berbelog, aktif mengomen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik. Yang ni pun angah tak suka, atau dalam erti kata lain Jealous. Kenapalah KC ni pandai sangat? Dapat Anugerah Akademik Terbaik pulak tu???!!


11. Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com. Yang ni , angah nak puji, sebab guna domain nama sendiri, sedangkan angah sendiri pun tak letak nama sendiri dekat domain blog.



12. Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tu. Yang ni salah satu fakta yang angah tak faham. Kenapa burung juga yang dipilih? Dan apakah signifikan burung itu terhaadap blog itu? Musykil!!

Kesimpulannya :-

Jadi, anda semua dah lihat 12 sebab kenapa angah tak suka dekat KC. Angah rasa sebab- sebab di atas ialah yang paling munasabah yang boleh angah fikir.* cewahh. Angah rasa kalau anda semua nak kenal dengan lebih lanjut tentang KC, bolehlah ke blognya, atau kenali dirinya dengan lebih dekat.
Secara peribadinya, dalam keluarga EFG, yang paling menghiburkan ialah KC, bukan kerana sebab- sebab lain tetapi KC ni suka menyakat orang lain, tetapi itu sifat yang patut dipuji. Angah sebenarnya bukan tak suka, tetapi terlebih suka. * pulakk?? Hahaha , minta maaf KC kalau apa yang angah tulis ni terguris hati anda.

 Sekian, terima kasih.

Ranking Alexa 22.5.2015

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hari yang indah pada jumaat ini. Aktiviti angah hari ini ialah berjalan-jalan di sekitar bandar Kulim. Seronok! Walaubagaimanapun , angah tetap nak update ranking Alexa untuk hari ini. Sebenarnya, untuk beberapa minggu ini, ranking Alexa
Global Rank

1,277,738

Rank In Malaysia

7,567

Berikut ialah ranking terkini blog ini dipersada antarabangsa dan juga tempatan. *Cewahh. Tidak berapa teruk sangat. Walaupun angah rasa sekarang ini, alexa sepertinya sudah tidak relevan. Tetapi angah still merasakan bahawa alexa merupakan satu penanda aras untuk sesebuah blog.

Terima kasih diucapkan kepada semua blogger yang sudi singgah di blog DJH ini, terima kasih semua. Tak lupa juga untuk keluarga EFG yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada angah. Terima kasih..
Sekian. 
 

Ajaibnya Gambar Ini!!

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


"This is a picture taken directly above these camels in the desert in Saudi Arabia during sunset. It is considered one of the best pictures of the year by National Geographic. Look closely, the camels are the little white lines in the picture. The black you see are just the shadows. Enlarge the picture."
Gambar yang angah jumpa di facebook, sebuah gambar yang dilihat biasa-biasa sahaja, tetapi sebenarnya, ianya ialah gambar yang luar biasa. Apa yang anda lihat di dalam gambar tersebut hanyalah bayang-bayang unta, manakala unta yang sebenar hanyalah garis-garis kecil itu sahaja.

Sekian. 

Nenek 65 tahun selamat lahir anak kembar empat!!??

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Gambar arkib Annegret Raunigk ketika usianya 55 tahun bersama anak-anak dan cucu-cucunya.


BERLIN - JERMAN. Seorang  nenek 65 tahun yang mempunyai 13 orang anak dan 7 cucu selamat melahirkan bayi kembar empat, Selasa lalu.
Annegret Raunigk melahirkan tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan pramatang secara pembedahan di Hospital Berlin.
Keempat-empat bayi tersebut dilahirkan ketika usia kandungannya 26 minggu dan kini berada dalam keadaan baik dan mempunyai peluang cerah untuk hidup.
Annegret yang mempunyai 13 orang anak yang berusia di antara 9 hingga 44 tahun mengambil keputusan untuk mempunyai anak lagi selepas anak bongsunya, 9 tahun inginkan seorang adik.
Menurut AP, Annegret hamil melalui kaedah IVF yang dilakukan di Ukraine kerana prosedur tersebut adalah diharamkan di Jerman.
Keputusannya untuk melahirkan bayi di usia emas mendapat kritikan beberapa pakar perubatan kerana menganggap warga emas itu tidak mampu secara fizikal untuk mengandung empat bayi.
Walaubagaimanapun, Annegret percaya setiap orang perlu diberi peluang untuk memilih jalan hidup yang diingininya.

Sekian. 

Tutorial Letak Border Sekeliling Entri Anda

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Sudah lama rasanya angah tak memberikan tutorial. Baiklah, kali ini angah nak ajar anda semua cara-cara untuk membuat border di sekeliling post entri anda. Ya, seperti yang anda dapat lihat dalam blog angah, setiap entri pasti akan ada border berwarna kuning di sekelilingnya. Bagi angah ianya lebih kemas dan menarik.

Cara-caranya :-

1. Log in Blogger

2. Pilih Templat , kemudian klik Edit HTML.

3. Cari kod ini :-

.post { 



Gunakan CTRL + F untuk lebih mudah mencarinya.

4. Letak kod yang diberikan ini dibawah kod .post { tersebut.


background-color: #FFFFFF;
border: 2px solid #FFA500;
margin: 0 0 1.5em;
padding-bottom: 1.5em;
padding: 6px;



5. Save, dan lihat blog anda.

Anda boleh tukar butiran mengikut citarasa anda.

*Untuk yang berwarna merah , anda boleh tukarkan kod tersebut dengan warna yang anda mahukan.
Sekian sahaja tutorial kali ini. Mudah dan senang sahaja. Jika anda tidak berjaya, sila ulangi semula atau anda boleh bertanyakan di sini. Terima kasih.

Sekian. 

Tutorial Centerkan Menu Tab

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Tutorial akan diteruskan lagi. Sebenarnya tutorial ini angah buat disebabkan angah juga mempunyai masalah dalam menu tab. Pada mulanya, menu tab angah condong ke arah kiri blog , jadi untuk nampak lebih kemas, angah centerkan menu tab tersebut di bahagian tengah. Supaya lebih kemas dan menarik.

Cara-caranya :-

1. Buka blogger. Template > Customize > Advanced > Add CSS (old interface: Dashboard > Design > Template Designer > Advanced > Add CSS). 

 2. Copy kod di bawah ini.

.PageList {text-align:center !important;}


.PageList li {display:inline !important; float:none !important;}



3. Save dan lihat Menu Tab anda.

Berjaya atau tidak?Alhamdulillah , tahniah kerana berjaya. Senang dan mudah sahaja bukan? Senang sahaja jika anda mengikut setiap cara-cara yang telah ditetapkan. In shaa Allah anda boleh. Sekiranya ada apa-apa masalah sila bagitahu angah.



Sekian.

10 Kenangan Yang Anda Rindukan

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini angah terpanggil untuk bercerita mengenai kenangan zaman silam. Iaitu zaman dimana teknologi belum menguasai diri kita. Di mana ketika itu manusia sejagat belum mengenal apa itu Dubsmash. Dimana ketika itu dunia yang dilalui penuh dengan kegembiraan tanpa sedikit pun rasa sedih.

Masihkah Kau Ingat??!

Pistol ini? Dulu-dulu selalu jugak angah main pistol ni. Bila angah ada pistol ni dah rasa hebat, boleh tembak macam-macam benda. Hahaha


Majalah yang selalu angah dapat di sekolah.


Coklat yang angah rasa masih ada lagi dalam pasaran, sebab angah pun baru beli je tak lama dulu.


OMG!! Semua yang dalam gambar tu angah pernah beli. Sangat menggamit memori.


Kenangan lalu..


Yang ni angah tak tahu pulak. Sebab masa angah kecik2 dulu tak ada bas kat tempat angah yang macam ni, angah ada nampak bas yg macam ni kat Shah Alam baru-baru ini, tapi dah buruk dan juga hanya ada 1 sahaja yang masih beroperasi.


Bila tiba hari raya, mesti ayah angah akan bawak balik bunga api. Angah dengan adik beradik yang lain akan main sampai bunga api habis.


Gam ini? Siapa masih ingat? Masa angah sekolah dulu, angah pernah guna gam ni. Suatu hari, angah lupa nak tutup bekas pensel,habis semuanya tumpah.


Yang ni rasanya angah belum jumpa.


Bunga api yang ini lagi advance dari yang sebelum. Sebab yang jenis ni dia ada banyak percikan. Hehe


Bagaimana? Anda tentu teringat kembali kenangan lalu? Mahu ke masa lalu? Angah ada cara yang hebat untuk kita ke masa lalu iaitu dengan bermimpi. Mimpilah bahawa anda berada di masa lalu. Heheh

Sekian. 
 

Wordless Wednesday 46 : Happiness

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Happiness is not the absence of problems, 
it's the ability to deal with them.

Sekian.

Lirik Lagu : Potret Akim & The Majistret

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Lirik Lagu Potret – Akim & The Majistret





Lirik Lagu : Potret
Artis : Akim & The Majistret
Album : Single (2015)

Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Lirik Lagu Potret – Akim & The Majistret

Jangan sayang suami sampai lakukan jenayah

$
0
0

Sumber : Sinar Harian



KUALA LUMPUR - "Sayang suami berpada-pada, jangan sayang suami sampai sanggup lakukan jenayah. Nak tolong suami mesti ada hadnya," kata Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang sebelum menjatuhi hukuman terhadap seorang eksekutif akaun yang didakwa memalsukan tandatangan.
Norsharidah menjatuhi hukuman penjara 40 bulan ke atas Bok Chuen Er, 32, yang mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan dua tandatangan pada sekeping cek Public Bank bernilai RM963,722.94 milik Syarikat New Era Enterprise Sdn Bhd, tempat dia bekerja bertujuan memperdayakan pihak bank.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Jalan Ipoh, Sentul jam 8 pagi, pada 2 Julai 2014.
Bok didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Norsharidah memerintahkan Bok menjalani hukuman tersebut bermula tarikh dia ditangkap, iaitu semalam (25 Mei).
Ketika rayuan, Bok yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman paling ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertamanya dan merupakan pengalaman yang menderitakan serta menyesali perbuatannya itu.
"Saya terdesak membantu suami menyelesaikan hutangnya dengan 'Along' sejak enam tahun lepas yang berjumlah RM620,000. Suami saya pernah cedera ketika bekerja dalam bidang pembinaan dan kini tak mampu melakukan kerja-kerja berat.
"Saya yang banyak menanggung keluarga, jadi saya mohon hukuman paling ringan supaya boleh teruskan hidup di samping keluarga," katanya dalam keadaan sebak dan menangis.
Bok berkata dia mempunyai tiga orang anak yang masih kecil berumur antara dua hingga lima tahun selain menanggung ibu yang berusia 58 tahun dan sakit.
Timbalan Pendakwa Raya S. Nithiya bagaimanapun memohon hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan serius.
"Tertuduh dipertanggungjawabkan untuk menyediakan cek tetapi dia melanggar amanah itu dengan meniru tandatangan majikan untuk mengeluarkan cek dalam jumlah yang besar," katanya.
Beliau berkata jumlah cek hampir RM1 juta itu menunjukkan tertuduh berani meniru tandatangan dua orang dan mendepositkan ke dalam akaunnya sendiri dan menunaikan serta mengeluarkan jumlah yang besar hampir RM500,000.
"Tindakan pantas pihak syarikat yang membuat laporan polis dan membekukan akaun tertuduh telah berjaya mendapatkan kembali RM448,000," katanya. – Bernama

Mati Akibat Panahan Kilat??!!

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN KILAT.


Tahukah anda bahawa negara kita Malaysia adalah negara ketiga paling banyak menerima panahan kilat di dunia, selepas Rwanda dan Congo.
Namun negara kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika mula kedengaran guruh, nampak awan hitam, hujan renyai atau lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan panahan kilat menyambar pada bila-bila masa.
Bak kata seorang jurutera perunding dan pakar kilat Encik Hartono Zainal Abidin dalam artikel akhbar The Star, “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.”
Berikut adalah panduan untuk mengurangkan risiko panahan kilat;-
LANGKAH 1 (Fahami aktiviti kilat)
1). Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
2). Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku iaitu dengan mengetahui jarak kilat. Bagi mengira jarak kilat, anda boleh menggunakan teknik ‘Flash to Bang’ atau ‘Kilat ke Guruh’. Cara kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1.6 km dari kedudukan anda. Ia bermaksud, jika 10 saat bersamaan 3.2 km, 20 saat bersamaan 6.4 km dan 30 saat bersamaan 9.6 km dari kedudukan anda.
LANGKAH 2 (Sekiranya anda berada di luar rumah)
1). Hentikan semua aktiviti luar dan cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Kilat tidak semestinya diiringi hujan dan masih boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada pada jarak 15 km dari tempat anda berada.
2). Cari perlindungan dalam bangunan yang besar dan kukuh, kenderaan atau struktur yang besar seperti jambatan dengan pantas.
3). Cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran kilat.
4). Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, segera turun dari tempat tinggi dan berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang yang kering.
5). Jangan tunggu sehingga hujan turun sebelum mencari perlindungan kerana kilat boleh memanah anda walaupun sebelum hujan turun.
6). Jangan gunakan payung ketika adanya panahan kilat (kerana payung turut diperbuat dari logam).
7). Sekiranya hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika anda terkena panahan kilat.
8). Segera duduk dalam ‘Kedudukan Pertahanan Kilat’, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan.
9). Jangan sentuh objek besi seperti pagar, tiang dan orang lain.
10). Jangan berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan kilat.
LANGKAH 3 (Sekiranya anda berada dalam rumah atau tempat perlindungan)
1). Jika anda di dalam tempat perlindungan, jangan sentuh peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket jika perlu.
2). Jangan gunakan telefon rumah atau pejabat. Gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja.
3). Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang yang menghadap luar rumah.
4). Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi.
5). Pastikan anda berada di dalam tempat perlindungan untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran. Anda perlu ingat bahawa kilat masih lagi boleh menyambar walau pun hujan telah berhenti.
Sekian.
Sumber : Facebook

PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA

Tazkirah Jumaat : Catatan Untuk Diriku

$
0
0


Catatan Untuk Diriku :-

1.Bangun sebelum subuh
2.Solat wajib 5 kali di awal waktu
3. Luangkan waktu membaca Al Quran
5. Selalu tersenyum
5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah
6. Sebarkan salam
7.Perbanyakkan sedekah
8. Kamu tidak pernah terlalu tua untuk MULA BERBUAT BAIK
9. Sebarkan pesanan ini juga!!

Sememangnya ada diantara senarai diatas yang angah sendiri tidak mampu berbuat secara berterusan. Contohnya ialah membaca Al Quran , dengan kehidupan yang sibuk , Al Quran juga ditinggalkan. In shaa Allah sama-samalah kita berusaha menjadi lebih baik di masa akan datang.


Sekian.

Parah!! Smartphone dan Khutbah Jumaat.

$
0
0


Assalamaualaikum dan salam sejahtera


"Datang masjid ,sebab nak solat jumaat. 
Tapi time khutbah, pegang phone memanjang."

Itulah realitinya masa kini. Kemajuan teknologi menyebabkan ramai manusia lupa bahawa bila mana sedang berada di majlis ilmu, maka hormatlah. Apa yang angah lihat sungguh menyedihkan. Angah sendiri bawak smartphone ketika khutbah jumaat, tapi angah letak disisi.
Apabila masing-masing dah hanya melihat phone sahaja, dan kadang-kadang gelak sendiri. Apakah motif datanag khutbah jumaat? Sekadar syarat sahaja? Memanglah tiada siapa yang menegur kerana anda lebih tua, sudah berumur, rambut pun sudah beruban, tapi masih tidak sedar?
 "Mungkin dia tengah rakam atau catat isi kandungan khutbah dalam phone?"
Mungkin. Tapi kenapa nak scroll phone tu? Whatsaap? Wechat? Facebook? Semuanya boleh dibuat kemudian hari. Parah sudah masyarakat kita. Phone di tangan sepanajang masa.
Sekian 
 
Viewing all 1569 articles
Browse latest View live