September 7, 2014, 5:27 am
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa yang angah nak cakapkan kali ini adalah angah meluat dan tak suka dengan orang yang suka mengharapkan orang lain untuk melakukan kerja bagi dirinya.Macam apa yang angah sedang lalui seorang diri.
Kebanyakan orang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain. Misalnya bila seseorang itu dah siap assignmentnya,maka rakan2 yang berpuluh-puluh lagi tu akan nak pinjam kerja yang dah siap. Tak ke itu sesuatu yang bangang?
Kerja yang dibuat dengan teliti,siang malam tak tidur,last-last kali orang2 yang malas ni,hanya tau copy paste segala kerja. Ini sangat tidak adil.
Bagi angah sendiri,kadang-kadang angah rasa macam malas nak tolong,tapi bila fikir balik,ada baiknya bila tolong orang tanpa harapkan balasan,sebab suatu masa nanti bila kita dalam keadaan susah,mungkin dia akan tolong kita.
Tapi nak tolong pun ada hadnya. Takkanlah sampai setiap kali assignment semua nak kena tolong. Ye dak?
↧
September 7, 2014, 5:51 am
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baiklah kali ini angah nak beritahu bahawa blog-blog dibawah akan dimasukkan ke dalam bloglist DJH!!! Tahniah diucapkan kepada mereka semua. :D
Tahniah!!
↧
↧
September 12, 2014, 12:50 am
Asssalamaualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama rasanya angah tak berceloteh di blog DJH. Biasalah,sekarang ni tengah hujung semester untuk diploma macam angah. Bila hujung semester,sudah semestinya perkara paling penting adalah Final Exam.
Angah baru sahaja selesai konsert yang berlangsung pada 11.September. 2014. Habis je konsert tu,angah kena hadapi rintangan sebenar iaitu Final Exam pula. Memang perasaan agak letih dan penat. Tapi rasanya lebih baik kita hasbikan terus semuanya. Ada baki beberapa exam lagi yang memerlukan angah untuk practise.
Apa-apa pun angah harapkan supaya anda semua tidak lah terus tinggalkan DJH begitu sahaja. Walaupun angah bizi,tetapi angah harap anda masih lagi sudi jenguk angah. :D
↧
September 12, 2014, 9:16 pm
Assalamaualaikum dan salam sejahtera.
Kita kembali lagi dengan blogwalking sampai pengsan... Kali ini angah akan senaraikan blog-blog terbaik untuk kita blogwalking! Sebenarnya korang mesti nak tau dari mana angah dapat link2 blog ni kan?
Sebenarnya angah dapat daripada fanpage Diari jejaka Hangat. Angah ada update satu status mencari link blog. Dan akhirnya dapatlah 45 blog yang bertuah ini. Apalagi tunggu? Jom kita blogwalking!! :D
- http://dingraphic.blogspot.com/
- http://budakbandunglaici.blogspot.com/
- http://www.ecadwinkyasha.com/
- http://dia-honey.blogspot.com/
- http://lollista.blogspot.com/
- http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/
- http://eiynasiblogger.blogspot.com/
- http://www.ciksiti.com/
- http://hanamarsom.blogspot.com/
- http://lembuituhandsome.blogspot.com
- http://officalmissyana.blogspot.com/
- http://syazaraihanah.blogspot.com/
- http://ummisyafiqahfarhana.blogspot.com/
- http://sakuraungu92.blogspot.com/
- http://www.mommylizz.com/
- http://comot-pink.blogspot.com/
- http://nurfarahudahud.blogspot.com/
- http://www.mamaniza.com/
- http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/
- http://www.mhakimfaiz.com
- http://www.lamanprincess.blogspot.com/
- http://jnjikita.blogspot.com/
- http://kathy78rbain.blogspot.com/
- http://www.iuzira.com/
- http://diarionlinenurul.blogspot.com/
- http://ourrandomrainbow.blogspot.com/
- http://busyratakiyudin.blogspot.com/
- http://syahmizaludin.blogspot.com/
- http://www.cikkmira.com/
- http://ceriteracintadia.blogspot.com/
- http://ceriteracintadia.blogspot.com/
- http://sayasukaimaginasi.blogspot.com/
- http://mamapapaamir.blogspot.com/
- http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
- http://maisarahmyblog.blogspot.com
- http://amad-jalanan.blogspot.com/
- http://cikmatahariku.blogspot.com/
- http://iamizzahzakaria.blogspot.com/
- http://peningkah.blogspot.com/
- http://bittersweetmemoryofme.blogspot.com/
- http://fatihahfazlin333.blogspot.com/
- http://craxyfille.blogspot.com
- http://sitizawiah95.blogspot.com
- http://syiralokman.blogspot.com/
- http://cercitertashaqisha.blogspot.com/
Apa lagi tunggu? Jom kita blogwalking sampai pengsan!! :D
↧
September 13, 2014, 9:47 pm
![]()
Diam tak diam sudah masuk minggu kedua Diari #AF2014 bersiaran dengan memaparkan pelbagai aktiviti pelajar AF di dalam kelas buat tatapan penonton setia Akademi Fantasia.Diari #AF2014 episod 9 dimulakan dengan kelas tarian bersama Cikgu Linda Jasmine. Semua pelajar dikehendaki menari secara spontan mengikut rentak lagu. Farez menjadi pilihan Cikgu Linda diatas kelincahannya menari.
Namun masih ada lagi pelajar yang malu-malu untuk menari seperti Aman dan Nuha yang dikehendaki menari bersama untuk mengelakkan rasa malu kedua-duanya.Selepas kelas tarian, pelajar mula berlatih lagu masing-masing dan kemudiannya diikuti dengan aktiviti bersenam bersama Jurulatih Kecergasan Felda Wellness bagi meningkatkan prestasi pelajar sewaktu melakukan persembahan.
Menurut pemerhatian jurulatih tersebut ada beberapa pelajar yang staminanya berada dalam keadaan baik seperti Ewald an Azwan manakala tidak kurang juga yang suka curi tulang daripada membuat senaman seperti Farez.Selain itu, terdapat juga berita gembira apabila pengetua mengumumkan Nuha adalah Pelajar Terbaik bagi konsert #AF2014 minggu pertama.
Disebabkan itu juga pihak #AF2014 menampilkan Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai kejutan buat Nuha.Pak Nil telah memberi kata-kata semangat supaya Nuha lebih berkeyakinan semasa membuat persembahan. Bukan itu saja, malah wang saguhati juga telah diberikan kepada Nuha sebagai ganjaran diatas persembahan terbaik semasa Konsert Minggu Pertama #AF2014.
Sumber : Astro Gempak Pendapat angah : Sebenarnya Nuha ni adalah kawan angah di fakulti Muzik.
↧
↧
September 13, 2014, 9:55 pm
Kejutan di minggu ketiga Super Spontan 2014 apabila pelawak Syuk atau Masyuknya tersingkir selepas kumpulan yang diwakilinya, Mawas Berduri menerima undian paling rendah berbanding kumpulan Mawas Berduri.
Berlangsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara, Biawak Laser yang diketuai oleh Reza dan diwakili Shuib (Raksasa Comey), Tauke (John Senah), Shahrol (Super Gayung), Michael Ang (Angpaou Man), Achey (Acik Gelek) dan Abam (Johnny Bear) berjaya menewaskan Mawas Berduri yang diwakili oleh Yus (Sugar Kane), Rahim (Underteko), Jihan (Jihan Everdeen), Fad (Shawn Mail), Johan (Abe Macho) dan Syuk (Masyuknya).Kesemua ahli kumpulan Biawak Laser terpaksa membuat undian untuk memilih salah seorang dari mereka dan menyaksikan Syuk adalah peserta ketiga yang disingkirkan di Super Spontan 2014.
Pusingan pertama ialah Duduk Bongkok Berdiri di mana peserta harus berlakon mengikut situasi yang diberikan secara spontan dan berbual dalam keadaan duduk, bongkok dan berdiri secara turutan. Seterusnya pemain kedua ialah Kesan Bunyi yang menyaksikan kumpulan Biawak Laser iaitu John Senah dan Acik Gelek berjaya memukau penonton dengan kensa bunyi yang cukup hebat!
Para peserta diuji pula dengan permainan ketiga pula ialah Keluar Masuk di mana peserta diberi perkataan tertentu dan berlakon secara spontan mengikut perkataan yang diberikan kepada empat peserta setiap kumpulan. Permainan keempat dinamakan Jurujual Langsung , dengan barangan yang dipilih secara rawak dan para peserta harus menjadi penjual secara spontan dan pusingan terakhir dinamakan Pemandu Pelancong.
Nasib setiap kumpulan akan ditentukan oleh undian SMS daripada penonton di mana kumpulan yang dapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka dan kumpulan menerima markah tertinggi akan memenangi RM5,000 dan disalurkan ke badan kebajikan yang memerlukan.
Sumber : AstroGempak
Pendapat angah : Angah tak dapat lagi nak tengok citer ni. Bizi dengan study. :'(
↧
September 17, 2014, 10:40 pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Al-ḥamdu lillāh (Arabic: الحمد لله) is an Arabic phrase meaning "All Praise and Thanks to God". It is commonly used by Arabic speakers of all religions, including Christianity and Judaism, and frequently by Muslims due to the centrality of this specific phrase within the texts of the Qur'an and the words of the Islamic prophet Muhammad. It is similar to the Hebrew word Hallelujah הַלְלוּיָהּ ('God be praised').
The meaning and in-depth explanation of 'Alhamdulillah' have been the subject of much exegesis.
The phrase has three basic parts:
- Al - The definite article, "the."
- Ḥamdu - Meaning the "feeling of gratitude", as opposed to Shukr, "words of gratitude."
- Li-l-lāh - preposition + noun Allah. Li- is a preposition meaning "for,""belonging to," etc.
Note: (1) The word "Allah" is the fusion of the article al (the) and the word ilah (a god, deity). Very much like in English, "The" article is used here to single out the noun as being the only one of its kind, "The god" (the one and only) or "God" with a capital G (the concept of capital letters does not exist in Arabic). Therefore, "Allah" is the Arabic word for "God". (2) "ilāh" is the Arabic cognate of the ancient Semitic name for God, El
It also means that anything in existence to which is ascribed praise, thanks, glorification, or gratitude, is only able to achieve it due to God's infinite mercy and grace.
Alhamdulillah: in theory, it is to be said with a profound sense of love, adoration, and awe of the power, glory, and mercy of God. In practice, however, its use is so widespread in Arabic-speaking countries that it might better be understood as meaning "thankfully,""thank goodness," or "thank God" as used in American English. Which is to say that not all Arabic speakers who use the phrase are consciously praising God when they say it.
It not only praises God in general for the above-mentioned qualities, but also seeks to praise Him specifically for those attributes of God's names in Islam, which God did not necessarily have as omnipotent (such as all-seeing, all-hearing), but rather chose to have out of His mercy (the Loving (Al-Wadud), the Beneficent (Ar-Rahman)) and showering Grace upon His servants.
↧
September 17, 2014, 10:51 pm
Jika minggu lalu menyaksikan Nuha dipilih sebagai pelajar terbaik bagi konsert pertama #AF2014, namun untuk minggu kedua ini lain pula ceritanya.
Pelajar terbaik bagi konsert kedua #AF2014 masih lagi berpihak kepada pelajar wanita iaitu Muna dan Nina.
Muna telah membawakan lagu 'Diam-Diam Jatuh Cinta' nyanyian asal oleh Ramlah Ram manakala Nina pula menyampaikan lagu 'Zombie' nyanyian asal oleh Cranberries.
Pengumuman mengenai berita gembira itu disampaikan sendiri oleh pengetua #AF2014 Dato’ Hattan yang disiarkan secara eksklusif menerusi Diari AF.
Muna atau nama sebenarnya Muna Shahirah Munadi langsung tidak menjangka akan dipilih kerana dia berpendapat persembahan pelajar lain jauh lebih hebat.
“Masa mula-mula pengetua sebut nama saya, memang saya tak sangka langsung… Perasaan bila dapat gelaran persembahan terbaik memang tak dinafikan saya rasa gembira.
“Sebenarnya, semasa membuat persembahan saya langsung tidak meletakkan harapan untuk mendapat persembahan terbaik… Apa yang saya buat ialah saya cuma ‘enjoy’ dengan diri saya ketika beraksi di pentas,” katanya tersenyum.
Bagi Nina Nadira Naharuddin atau lebih dikenali sebagai Nina memberitahu lagu yang dibawakan olehnya pada malam konsert tersebut merupakan satu cabaran besar bagi dirinya.
“Saya pun tak sangka sebenarnya yang saya akan dapat persembahan terbaik kerana lagu ‘Zombie’ yang saya nyanyikan pada malam itu merupakan satu cabaran buat diri saya.
“Lebih-lebih lagi lagu yang berentak seperti itu bukanlah jenis yang saya biasa saya nyanyikan jadi saya cuba untuk memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu.” ujarnya.
Sebagai ganjaran Muna dan Nina diminta untuk memilih perabot daripada KARE iaitu jenama ranggi yang berasal dari Jerman.
↧
September 18, 2014, 4:00 pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang anda dapat lihat di dalam gambar diatas. Sememangnya angah mencari Pengomen Tegar 2014. Walaupun masih banyak masa lagi sebelum kita habis tahun 2014. Saja untuk angah ingatkan bahawa akan ada hadiah lumayan menanti sesiapa yang menjadi Pengomen Tegar Blog DJH.
Buat masa ini,anda boleh lihat siapakah yang mendahului senarai carta Pengomen Tegar 2014 untuk blog DJH.
Kathy R'bain (194)
Muhammad Khairuddin Lim (176)
Asha Lya (126)
Invisible Me (106)
Ismi Ana (97)
Tahniah kepada blogger yang tersenarai dalam TOP 5 Pengomen Tegar Blog DJH. Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada blog DJH. Blog DJH akan kembali aktif dalam masa terdekat. Kerana apa? kerana angah sudah habis exam. Huhu. :D
Sekian.
↧
↧
September 18, 2014, 11:33 pm
"Rasa syukur akan menambahkan nikmat yang sedikit,dan akan melipat gandakan sesuatu yang banyak."
Benar atau tidak? Kadang-kadang bila kita dapat sesuatu,seperti keputusan SPM atau apa-apa sahaja,kita perlu bersyukur. Sebab apa? Dengan bersyukurlah,kita akan dapat rasa lebih tenang dan yakin untuk hadapi cabaran akan datang.
Kadang-kadang rasa bersyukur itu tak perlu ditunjukkan kepada orang lain. Hanya kita sahaja yang perlu tahu. Ingatlah bahawa tak semua orang bernasib baik seperti kita. Percayalah bahawa nikmat bersyukur itu adalah sesuatu yang sangat mudah untuk kita dapat. :D
↧
September 19, 2014, 5:00 am
Menerusi Diari AF, rata-rata pelajar #AF2014 agak gementar untuk membawakan lagu-lagu popular senior mereka.
Bagaimanapun, sudah pasti akan ada kelaianan dari segi nyanyian kerana masing-masing perlu mempersembahkan lagu-lagu tersebut dengan gaya dan identiti mereka sendiri.
Berikut merupakan senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka:
1. Firman- Relakan Jiwa (Hazama)
2. Azwan - Izinku Pergi (Kaer)
3. Zarif - Aduh Saleha (Mawi)
4. Aman - Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
5. Farez - Awan Nano (Hafiz)
6. Ewal - Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)
7. Muna - Percayalah (Indah)
8. Nina - Ilusi (Adira)
9. Ziha - Hatiku Milikmu (Nera)
10. Adel - Jahat (Stacy)
11. Nuha - Aku Lebih Tahu (Mila)
Bagaimana agaknya persembahan mereka ya? Lagu-lagu yang diberikan juga semuanya mantap-mantap! Sama-sama kita nantikan di konsert ketiga Ahad ini ya.
Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum konsert bermula dan pastinya pelajar-pelajar #AF2014 kini sibuk dengan latihan.
Tema bagi minggu yang ketiga ialah Hits Fantasia di mana mereka akan membuat persembahan dengan mengambil kembali lagu-lagu yang dinyanyikan oleh pelajar-pelajar senior Akademi Fantasia.
Sumber : Astro Gempak
Pandangan Angah :
Mungkin AF kali ni lebih hebat dari AF tahun lepas.
↧
September 19, 2014, 5:00 pm
JOHOR BAHRU: Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan Singapura bagi membincangkan isu kadar tol yang dikenakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar dan Woodlands dalam tempoh terdekat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini bagi memperbetulkan salah faham republik berkenaan mengenai kenaikan kadar tol yang dikenakan di CIQ.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat Cina, di sini, hari ini.
Sumber : Berita HarianPandangan Angah :
Kadar tol? Buat masa ini angah tak menggunakan lagi mana2 tol, sebab sekarang ni hanya parents sahaja yang menggunakan tol.
↧
September 19, 2014, 11:39 pm
↧
↧
September 20, 2014, 2:15 am
![]()
Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori:
Anugerah Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri) :Oh My English April Fool
Pengarah komedi terbaik (TV): Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin
Siri komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Karoot Komedia Raya
Pengarah komedi terbaik (FILEM): Sejoli – Osman Ali
Anugerah Khas Juri Anugerah Lawak Warna: Dato Jamali Shadat & Hamid Gurkha
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
Segmen Komedi Radio Paling Popular: Johara Pagi Era – Sketsa Johara
Rancangan komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Bila Joyah Dah Goyah
Filem komedi terbaik: Sejoli (PrimeWorks Studio)
Anugerah Khas Juri – Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman: Kumpulan Senario
Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem: Maya Karin
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem: Bront Palare
Pelakon komedi wanita terbaik (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV): Kazar Saisi
Anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular ( Anugerah utama): Sharifah Sakinah
Artis Lawak Lelaki Paling Popular ( Anugerah utama): Jep SepahTu
Berdasarkan keputusan di atas, Jep Sepahtu dilihat berjaya mempertahankan popularitinya dua tahun berturut-turut sebagai Artis Lawak Lelaki Paling Popular.Begitu juga dengan Jasmin Hamid, Johara Pagi Era, Maharaja Lawak Mega dan Karoot Komedia yang berjaya mempertahankan kategori masing-masing.
Sementara itu, kemenangan Sharifah Sakinah sebagai Artis Lawak Wanita Paling Popular agak mengejutkan kerana ramai yang meneka Jihan Muse akan diangkat sebagai pemenang.Filem Sejoli dan drama Bila Joyah Dah Goyah pula berjaya mengungguli ALW 2014 apabila menraih kemenangan terbesar.
Sejoli menang besar apabila berjaya merangkul kesemua enam kategori filem iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar Komedi Terbaik, Skrip Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Osman Ali), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin) dan Pelakon Komedi Lelaki Filem Terbaik (Bront Palarae).
Manakala drama Bila Joyah Dah Goyah menang lima kategori iaitu Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Kazar Saisi), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Jasmin Hamid), Rancangan Komedi Terbaik (Bukan Bersiri), Skrip Komedi Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Jamal Khan).
Antara filem lain yang tercalon ialah Bikers Kental, Adnan Sempit 3, Kami Histeria dan Hantu Tok Mudim manakala drama pula ialah Osman Baku, Yem Rempit, Projek Memikat Suami dan Benci Vs Cinta.
Rancangan komedi lain yang tercalon pula ialah Warna Raya, Fuyoo Raya Zizan, Kaunter Kaboom Raya, Lari-Lari Raya, Jihan Tak Nak Balik Raya dan Pengancam Perkahwinan.
Anugerah Lawak Warna 2014 mempertandingkan 21 di mana 15 daripadanya adalah bagi kategori filem dan drama, tiga kategori popular manakala tiga adalah anugerah khas juri.
Pandangan angah : Tahniah kepada semua!! :D
↧
September 20, 2014, 5:00 pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Just nak post gambar sendiri je. Haha. Sebenarnya angah takde idea nak tulis,jadi angah harap dengan adanya gamabr angah kat sini,maka meriahlah sikit blog angah ni?. Eh? haha
Angah masih mencari mood untuk berblogging seperti dulu. Memandangkan sekarang sudah dipenghujung semester,angah kena bekerja keras untuk naikkan balik ranking blog DJH yang semakin teruk ni.
↧
September 21, 2014, 12:39 am
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni just nak update tentang apa yang angah buat untuk hari ini. Memandangkan esok iaitu hari isnin merupakan tarikh untuk angah dan rakan sekelas menduduki exam tradisional,makanya hari ini memerlukan angah untuk prektis sehabis baik.
Tetapi yang merungsingkan angah adalah,untuk exam kali ini,angah kena main FLUTE iaitu sejenis alat yang ditiup. Angah perlu memainkan alat ini bersama-sama rakan yang lain dalam bentuk ensemble muzik melayu asli.
Lagu-lagu yang akan dimainkan oleh kumpulan angah adalah Hati Kama nyanyian Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris,kemudian lagu Ya Maulai nyanyian Siti Nurhaliza dan juga lagu terakhir iaitu Tidurlah Nanda nyanyian Normadiah.
Disebabkan angah hanya berlatih flute hanya ketika nak exam sahaja,jadi ianya agak sukar untuk angah dapatkan rentak dan juga rhythm yang betul.Sebab apa? Angah kena belajar main flute dahulu. Sememangnya angah tak pernah terfikir yang angah akan bermain flute,tetapi rupanya untuk exam kali ini angah kena main flute.
Apa-apapun angah harapkan dapat buat yang terbaik esok hari. Tolong doakan angah ye! :D
↧
September 21, 2014, 9:50 pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah,hari ini angah dah selesai exam tradisional. Apa yang pasti sekarang ni angah rasa bertuah dan bersyukur sebab dapat buat exam dengan baik.
Berbalik kepada tajuk asal,angah nak tunjuk ranking semasa untuk Alexa bagi DiariJejaka Hangat . Alhamdulillah,ranking yang semakin bagus. Ada peningkatan dari segi ranking dalam Malaysia. Blog DJh melonjak ke tangga yang lebih tinggi.
Global Rank
828,816
Rank In Malaysia
6,995
Alhamdulillah,angah harap agar ranking akan menjadi lebih bagus selepas ini. Jadi,sememangnya angah harapkan anda dapat menyokong DJH lagi...
↧
↧
September 22, 2014, 5:00 am
↧
September 22, 2014, 4:00 pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baiklah. Kali ini angah nak berbicara tentang Kawan. Semestinya setiap orang mempunyai kawan atau sahabat. Iaitu seseorang yang sering berada di keliling anda semua yang mana mereka sentiasa akan membantu anda atau menolong serta akan bersama-sama anda dalam setiap apa yang anda lakukan.
Walaubagaimanapun terdapat segelintir kawan atau sahabat yang tidak sepatutnya dijadikan sahabat sejati atau dalam erti kata lain kawan yang rapat. Kerana apa? Kadang-kadang ada yang hanya mahu dapatkan sesuatu sahaja daripada kita.
Jenis-jenis kawan :-
Pertama sekali adalah kawan yang hanya berkawan dengan kita bila dia di dalam kesusahan. Mengikut apa yang pernah angah lalui sendiri,ada beberapa kawan yang hanya datang kepada angah semata-mata untuk dapatkan pertolongan apabila dia di dalam kesusahan. Walaubagaimanapun,angah tetap membantu dia juga,tetapi mungkin sebagai seorang manusia,angah rasa tak perlulah hanya ketika dalam kesusahan sahaja mahu mencari angah. Ia boleh diumpamakan sebagai kawan yang tidak berhati perut.
Kedua adalah kawan yang jenis mencari kita semata-mata untuk mengaut keuntungan. Ia adalah berbeza dengan jenis kawan yang pertama. Kawan jenis ini adalah lebih kepada mengambil jalan mudah untuk berjaya dengan berkawan dengan kita. Angah pernah berada di dalam situasi di mana pelru menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah,kemudian ada beberapa orang yang ingin bersama dalam kumpulan dengan angah,malangnya hanya angah sahaja yang bekerja,yang lain sekadar menumpang nama sahaja. Jadi,boleh di katakan di sini bahawa ianya adalah satu jenis kawan yang tidak boleh diharap.
Jenis kawan yang ketiga pula ialah kawan yang sentiasa baik dengan kita hanya di hadapan kita,tetapi bila di belakang kita,dia akan mengutuk kita. Jenis sebegini adalah lebih bahaya daripada kawan-kawan yang seperti di atas. Dapat angah katakan bahawa kawan seperti ini merupakan kawan yang paling celaka.Sebab apa? Sebab dia memburukkan kita dihadapan kawan kita yang lain.
Keempat ialah jenis kawan yang rapat dengan kita untuk masa-masa tertentu.Kawan sebegini adalah kawan yang boleh dikatakan agak bagus. Tetapi yang penting ialah kita tak peru terlampau mengharap atau berharap kepada kawan kita yang jenis seperti ini. Hal ini kerana kawan sebegini pastinya mempunyai masa-masa tertentu sahaja untuk bersama kita.Jadi sememangnya tidak perlu terlampau rapat dengan kawan yang sebegini atau dalam erti kata lain janganlah berkongsi rahsia yang melampau-lampau dengan kawan yang sebegini.
Kelima dan terakhir ialah kawan yang sentiasa bersama kita di saat susah mahupun senang. Kawan sebegini adalah kawan yang sememangnya perlu diberi perhatian. Kerana apa? Kerana kawan sebegini mampu untuk menolong kita dimana kita di saat kesusahan.Selain itu,kita juga boleh berharap kepada kawan jenis ini.
Kesimpulannya,fikir-fikirkanlah,jenis apakah kita sebagai seorang kawan. Bagi angah sendiri,biarlah kita berkawan dengan semua orang,tetapi untuk kawan yang rapat,angah perlu menilai dulu,adakah angah seorang yang boleh dipercayai atau tidak.Selain itu angah juga pelru menilai adakah dia orang yang sesuai untuk dijadikan kawan rapat.
Sekian Terima Kasih.
↧
September 23, 2014, 12:49 am
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya buat masa sekarang ni angah sedang di dalam keadaan stress.Sebab apa? Esok ada examination utk subjek BEL 311.Subjek yang agak susah disebabkan 3 jam kredit.Nyawa pointer angah bergantung kepada kertas ini.
BEL 311
Angah merupakan antara orang yang bertuah. Sebab apa?Untuk semester angah,ianya adalah kali terakhir BEL 311 akan dijalankan.Maknanya selepas ini,dah tiada BEL 311 untuk pembelajaran junior2 angah selepas ini.
Tapi bagi angah sendiri,paper ini adalah sangat susah untuk difahamkan. Memang dah jadi tradisi sejak dari sekolah rendah lagi,subjek yang teruk adalah Bahasa Inggeris. Jadi,sampai ke menara gading,subjek inilah yang masih menjadi suatu igauan angah.
Sekian.
↧