Quantcast
Channel: Aerill Hassan™
Viewing all 1569 articles
Browse latest View live

Ada Apa Dengan Gambar Ini??

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada apa dengan kedua-dua gambar ini?? Untuk pengetahuan anda,angah akan menceritakan dua perkara terbesar dan paling angah akan ingati sepanjang angah belajar untuk semester ke 2 ini.
Perkara yang terjadi,ada yang berlaku secara tak sengaja dan ada juga yang sudah dirancang.Ada saat-saat sedih dan ada jugak saat-saat gembira. Angah akan update entry itu pada waktu yang sudah pun angah rancang. Hehe. Tak sabar nak update blog tentang perkara2 ini!! :D

 
Angah harap agar anda semua dapat terima apa yang angah nak ceritakan ini.Selain itu,macam mana dengan wajah baru DJH? anda suka? Kalau tak suka pun angah tak kisah,sebab angah suka dengan wajah DJH sekarang. Maybe takkan tukar sampai tahun depan. Haha.
Apa - apa pun cuti 2 bulan akan angah gunakan sebaik mungkin untuk diri angah dan juga untuk blog DJH ini!! :D
Sekian. 
 



Konsert PERWIRAfm : Seribu Kenangan

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang nak ceritakan? Kali ini adalah berkenaan konsert PERWIRA yang pertama kalinya telah diadakan di Auditorium Cempaka Sari,Kompleks Perbadanan Putrajaya. Konsert yang diadakan adalah bertujun untuk memperkenalkan Persatuan Wind Orkestra UiTM (PerwiraFM) kepada semua orang.
Sebanyak 10 lagu telah dipersembahkan iaitu
Declaration , Ballade  and Finale by Ed Huckeby
Persistence by Richard L. Saucedo
Locus Iste arr by Ton van Grevenbroek
Ammerland by Jacob De Haan
Inspiration Point by James Barnes
Rangkaian Lagu-Lagu Melayu arr by Suhaimi Yacub
Suriram arr by Suhaimi Yacub
Beauty And The Beast arr by John Moss
Hollywood Milestone arr by John Higgins
Ride by Samuel R Hazo





Untuk pengetahuan semua,kami berlatih secara orchestra adalah selama seminggu sahaja sebelum konsert bermula. Manakala latihan sectional sudah bermula sejak awal tahun lagi.Memandangkan ahli-ahli persatuan ini kebanyakannya agak sibuk.Maka latihan hanya dapat disiapkan pada saat-saat akhir.
Alhamdulillah,konsert ini berjalan lancar dan jayanya. Pada mulanya angah agak khuatir sekiranya jumlah penonton tidak ramai.Tapi akhirnya ramai juga yang hadir.Perasaan angah ketika sedang membuat persembahan adalah seperti perasaan ketika pertandingan akhir Wind Orchestra SBP. 
Apa yang angah suka adalah,bila mananya habis konsert baru angah rasa sedih dan sangat-sangat terharu apabila memikirkan keadaannya. Ketika berlatih di fakulti,kami selalu makan bersama. Apa yang paling penting adalah "relationship" yang wujud. Sama seperti ketika angah di Tun Syed Band suatu ketika dahulu.
Untuk pengetahuan semua,dalam konsert ini yang paling muda adalah angah sendiri!!So yang junior tu angah la.Kiranya macam kembali ke time sekolah. Haha,angah adalah form 1.Macam tu la.

Selain itu,yang paling menarik dalam konsert ini adalah alumni Tun Syed Band adalah paling ramai dalam konsert ini.
Abg Mustaqim Abdullah : Conductor
Abg MK Ridzuan : Oboe
Abg Zulhairi : Flute
Abg Aisyam : Euphonium
Abg Hazwan Hazreen : Flute
Mohamad Khairil ( Angah sendiri ) : Bass Clarinet 

Jadi,alumni Tun Syed Band yang ramai membuktikan bahawa Soksek mampu menghasilkan pemuzik yang berkualiti. Haha. Apa- apa pun angah rasa bangga bila dapat bergambar bersama super senior dan senior2. Dah la dalam ramai2 alumni tu,angah yang paling junior.Jadi memang gempaklah kan??

Kesimpulannya


Ini merupakan konsert pertama angah bersama UiTM. Memang menjadi idaman semua orang untuk mempersembahkan bakat mereka. Begitu juga dengan angah sendiri. Alhamdulillah konsert angah yang pertama berjalan dengan lancar. Angah tahu bahawa selepas ini akan muncul lagi pelbagai konsert yang mungkin angah akan turut sertai.
Apa -apa pun pengalaman yang menarik apabila dapat berganding bahu dengan pemuzik-pemuzik hebat seperti mereka.
Sekian Terima Kasih 


Pencapaian Blog Sekarang??

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry kali ini angah nak tunjuk statistik buat masa sekarang blog DJH untuk hari pertama DJH kembali aktif setelah berehat selama beberapa bulan. Untuk pengetahuan semua,blog DJH baru sahaja masuk ke hari kedua setelah aktif semula.
Alexa Rank 
Untuk Alexa Rank,DJH di ranking 280,325 bagi world ranking. Untuk permulaan ini,angah memilih untuk memantapkan ranking dunia dahulu. Jadi,kena banyak update story,dan juga blogwalking selalu.



Follower
Bagi follower blog pula,sebanyak 2129 follower telah angah capai dalam masa setahun. Alhamdulillah. Apa- apa pun,bilangan follower yang ramai membuktikan bahawa DJH mampu untuk terus maju. Insya Allah selepas ini,DJH akan sentiasa up to date. In shaa Allah selepas ni DJH akan follow balik anda semua. Kadang-kadang terlepas pandang. Sebab tu dulu angah pernah ingatkan bahawa bila dah follow blog DJH,tinggalkan link blog anda di shoutbox.
Google Plus
Alhamdulillah untuk kesekian kalinya rakan Google Plus angah sudah mencapai angka lebih daripada 1000 orang. Terima kasih.Apa yang angah dapat lihat,kebanyakan rakan google plus ini angah masih belum follow memandangkan angah tidak aktif untuk beberapa bulan sebelum ini. In shaa Allah,selepas ini angah akan follow anda balik :D
Likers Fanpage Facebook
Alhamdulillah angka Likers adalah seramai 1360. Agak ramai di situ. In shaa Allah angah akan sentiasa update perkara tentang BLOG DJH di dalam fanpage tersebut.

Festival Wind Orchestra SBP 2014

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk entry kali ini pula angah nak ceritakan tentang Festival Wind Orchestra SBP tahun 2014 yang bertempat di Kolej Tunku Kurshiah,Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Pertandingan yang mengumpulkan jumlah pelajar SBP teramai telah diadakan untuk kali yang ke 16. Sebanyak 26 pasukan telah menyertai festival kali ini.

Sekolah angah iaitu Sekolah Menengah Sains Tun Syed Shahabudin turut menyertai festival ini.Buat kali pertama setelah beberapa tahun berada di divisyen 2,sekolah angah a.k.a Tun Syed Band akhirnya pada tahun ini berada di divisyen pertama dan berentap dengan sekolah-sekolah hebat yang lain seperti SAS,SMACH,TKC,SSP dan lain-lain.
Tun Syed Band pada tahun ini memilih lagu :-
Pro Acclamation : Lagu Inggeris

Permaidani  : Lagu Melayu

Pasukan TSB pada tahun ini agak kecil dari segi kuantiti. Seingat angah Tun Syed Band pernah jadi pasukan teramai ada tahun 2011 apabila membawa seramai 80 orang pelajar.Manakala tahun ini pula hanya sekitar 50 orang sahaja.
Apa yang angah boleh katakan adalah pada tahun ini,ada beberapa masalah dari segi "tuning" dan juga harmony. Bukannya boleh salahkan pelajar itu sahaja,tetapi juga dengan usia alat-alat muzik yang sudah berusia puluhan tahun.
Apa-apapun angah rasa satu saingan yang cukup hebat apabila TSB mampu lagi berada sebaris dengan sekolah-sekolah lain meskipun mempunyai beberapa masalah besar.Angah tabik dengan diorang yang sentiasa berusaha untuk majukan TSB walaupun mempunyai kekangan daripada beberapa pihak.


Pada tahun ini,pihak penganjur turut membuat suatu rancangan yang besar iaitu ingin membuat rekod Malaysia iaitu Flashmob Wind Orkestra terbesar di Malaysia. Pada ketika flashmob itu,mereka semua memainkan lagu Joget Kenangan.
Seterusnya pada sebelah malam pula,ada sebuah konsert mini yang hanya dipersembahkan oleh sekolah-sekolah daripada divisyen pertama sahaja. Sekolah angah turut membuat persembahan pada malam itu. Yang paling best,pada malam itu,angah turut membuat persembahan sekali,bersama junior-junior angah yang lain. Tak sangka boleh juga angah menyelit di tengah-tengah orang ramai itu.

Keesokkan harinya adalah bengkel bersama para tutor Perwira FM. Pada sebelah malam pula adalah malam keputusan.Sangat mendebarkan apabila masing-masing menunggu keputusan diumumkan. Ada yang menangis,ada yang gembira.


Berikut adalah keputusan pada malam itu :-
 Divisyen 1

Emas :
Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh,Perak (finale)
Sekolah Dato Abdul Razak,N.Sembilan (finale)
Sekolah Menengah Sains Machang,Kelantan (finale)
Sekolah Alam Shah,Putrajaya (finale)
Kolej Tunku Kurshiah,N.Sembilan(finale)
Sekoalh Seri Puteri,Cyberjaya

Perak :
Sekolah Menengah Sains Dungun,Terengganu
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud,Terengganu
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Kedah
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah,Perak
Sekolah Menengah Sains Selangor,Selangor

Gangsa :
SMJK Perempuan St George,Pulau Pinang
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin,Pulau Pinang
Sekolah Menengah Sains Kuching,Sarawak
Kolej Melayu Kuala Kangsar,Perak

Divisyen 2

Gangsa :

Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah ,Kuantan (johan)
SMJK Ave Maria Convent
Sekolah Menengah Sains Muzzafar Shah
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
Sekolah Tuanku Jaafar
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan.
Sekolah Tuanku Fatimah
Penang Free School


Keputusan yang agak memeranjatkan apabila Sekolah Seri Puteri buat pertama kalinya tidak melayakkan diri ke finale wind Orchestra.Begitu juga kejutan di divisyen 2 apabila tiada satu pun sekolah yang berjaya mendapatkan pingat emas mahupun perak. Kesemua sekolah di divisyen 2 hanya mendapat pingat gangsa.
Apa -apa pun TSB berjaya memperoleh pingat Gangsa divisyen 1. Sebagai tahun pertama di divisyen 1,TSB mampu untuk terus berusaha dan bersaing dengan sekolah-sekolah lain di divisyen 1.
Kesimpulannya :

Angah percaya Festival Wind Orchestra ini telah membuktikan bahawa bukan bidang akademik sahaja yang difokuskan oleh pihak kementerian. Banyak cabang ilmu yang terdapat di dunia ini. Ia juga merupakan satu platform yang bagus untuk para pelajar mencungkil bakat dalam bidang muzik.
Untuk Tun Syed Band,angah percaya dengan sokongan yang mantap daripada para alumni akan membuatkan pasukan TSB sentiasa maju dengan adanya kerjasama daripada pelbagai pihak.
Sekian. 





"Nafsu tak tahan,awek seksi."

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini angah nak berbicara tentang soal Nafsu. Kebanyakan manusia sememangnya mempunyai nafsu. Sama ada mereka mampu mengawalnya atau pun terpaksa mengikut kata-kata nafsu itu sendiri.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa hal-hal nafsu seringkali berkait rapat dengan syaitan. Jadi barang siapa yang tidak mampu mengawal nafsu bermakna mereka sudah dikawal syaitan?

"Aku tak tahan la tengok perempuan tu,dah la seksi,aku tak tahan beb!!" 

Dalam kes ini,siapakah yang bersalah? Adakah ibu bapa si polan itu sendiri? Berdasarkan pemerhatian angah,daripada kisah sebenar,angah dapat simpulkan bahawa yang bersalah adalah individu itu sendiri.Kerana lemahnya iman,kerana kurangnya didikan agama dan kerana hilang pemikiran terhadap perkara yang benar dan juga perkara yang salah.
Selepas itu,baru kita boleh salahkan ibu bapa kerana tidak memberikan didikan yang secukupnya. Dari kisah benar,seorang rakan angah,apa yang angah dapat tengok adalah masalah antara kedua ibu bapanya menyebabkan keseluruhan keluarganya hancur.
Dari itulah punca keluarganya porak peranda,adik beradiknya hidup dalam keadaan terlampau sosial. Hidup bergelumang dalam maksiat yang nyata. Segala kejahatan dianggap sesuatuyang baik. Inilah akibatnya apabila hidup tiada iman. Iman terhadap sesuatu yang benar-benar mampu membawa kita ke arah yang lebih baik.
Selain itu,apa yang angah dapat katakan adalah diri sendiri itu adalah penting. Kalau diri sendiri tidak mampu nak dijaga,macam mana pula dengan orang lain? Selalu angah tengok orang yang berbuat jahat ini pada asalnya adalah seorangyang baik.Tetapi disebabkan beberapa faktor,maka mereka terdorong untuk melakukan sesuatu kejahatan.
Apa- apapun sebagai seorang yang mampu berfikir dan mampu membaca artikel ini lagi,kita seharusnya elakkan daripada melakukan perkara-perkara maksiat,selain terus mengukuhkan keimanan.
Sekian. 

Pelacur Murahan Berleluasa

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni angah nak kongsi satu pengalaman yang ngeri. Ya,sangat ngeri bagi angah sepanjang angah hidup dalam dunia ini.
Pada suatu malam,angah dan rakan-rakan sebilik angah bercadang untuk pusing-pusing di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Kononnya pada malam itu kami semua tak mau tidur,dan terus overnight di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya adalah apabila kami ke tempat-tempat berhantu di kawasan Kuala Lumpur. Tempat pertama adalah di Bukit Tungku. Kononnya nak buat macam Seekers,apabila setiap orang dari kami akan diletakkan di kawasan berbeza. Begitu juga ketika di Gerbang Belakang Zoo Negara, dan juga rumah Doktor Frenzy. 
Bagi angah suasana seram ini tidaklah seseram mana apabila selepas sahaja kami ke rumah Doktor Frenzy,kami meneruskan perjalanan ke tempat pelacur selalu bertenggek di Kuala Lumpur.




Kami ke suatu tempat di Pudu,jalan pasar Pudu kalau tak silap. Terdapat banyak pelacur yang angah tengok kebanyakannya adalah berbangsa cina. Mungkin dari Vietnam. Astagfirullahhalazim. Apa yang dapat angah katakan adalah betapa murahnya manusia apabila sanggup menjual diri.
Yang paling angah tak sangka adalah apabila ramai orang melayu yang ke tempat sebegitu. Selepas itu,kami terus ke tempat lain. Pelacur-pelacur di situ ditemani oleh bapa ayam mereka,selain mengetuk-ngetuk cermin tingkap kereta yang lalu lalang. Nasib baik kereta yang angah naik tu,cerminnya ditutup,kalau tak,habislah angah. 
Pelacur yang berleluasa di  Kuala Lumpur adalah salah siapa? Apa yang angah nampak,ada je polis di kawasan  itu,tetapi seolah-olah mata mereka tertutup untuk melihat kawasan itu. Dan yang paling menghairankan adalah mereka seolah-olah tidak takut dengan undang-undang negara.
Salah siapakah ini??

Nota : Angah ke kawasan itu bukanlah untuk melanggan pelacur itu,tetapi angah ingin tahu,kerana selagi kita tak tahu,kita tak kan belajar,apa yang angah belajar adalah tempat itu sangat menakutkan.Rasa seperti sudah berdosa walaupun baru sahaja masuk ke kawasan itu. 



Final Exam Semester 2 Akhirnya Berakhir

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Alhamdulillah,sudah berakhir Final Exam semester kedua bagi pengajian angah di UiTM Shah Alam. Sebenarnya dah habis lebih 4 hari lagi. Hehe,cuma terlambat nak update. Apa yang angah rasa adalah sangat lega apabila segalanya dah selesai.





Subjek yang angah ambil untuk semester ini :-
Theory Of Music 2
Aural Skills 2
Traditional Music 2 
BEL 260
CTU 151
History Of Music 2
Music Management
Principal Instrument
Forum
HPD
Orchestra

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Kadang-kala ada juga ketika mananya angah agak tertekan apabila semester ini lebih mencabar. Kadang-kadang angah tidak dapat tumpukan perhatian disebabkan adanya hal-hal remeh. Selain itu,angah juga menerima cabaran yang hebat apabila semester ini,angah terpaksa menggunakan masa atau membahagikan masa juga untuk latihan PERWIRA,kelas Tutor Theory,dan juga ulangkaji.

Untuk pengetahuan semua,angah dipilih untuk menjadi Tutor dalam subjek Theory of music. Pada mulanya angah tak sangka yang angah akan dipilih. Tapi alhamdulillah,lecturer memilih angah untuk menjadi tutor.
Apa yang angah harap adalah supaya semester ini angah akan mendapat anugerah Dekan sekali lagi,sekaligus dapat mencapai impian angah untuk mendapat ANUGERAH NAIB CANSELOR
Sekian. 

Flower Boy Next Door

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berkenaan tajuk entry ini,ia merupakan sebuah drama terbitan Korea.Sebenarnya kawan angah yang bagi drama ni kat angah. Sebab apa? Sebab angah kononnya boleh lah habiskan cuti sem dengan tonton drama.

Drama ni sebenarnya diterbitkan pada tahun 2013,tahun lepas la tu.Tapi angah baru tengok tahun ni.
Drama yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang duduk terperap dirumah. Kerana takutkan khalayak ramai setelah sesuatu perkara telah terjadi ketika dia bersekolah menengah dahulu.
Kisah percintaan antara beberapa orang yang sangat romantik dan juga begitu rumit.Apa yang penting dalam cerita ni,pengakhirannya adalah happy ending.Bagi angah drama ni mengajar angah untuk berani hadapi cabaran dan dugaan tanpa perlu takut akan sesuatu.
Angah juga belajar bahawa dalam bercinta,yang penting adalah perasaan dan bukannya perwatakan. Selain itu,angah juga terfikir adakah manusia hanya mementingkan rupa setiap kali ingin memilih pasangan?? 
Sekian. 


Segmen : Blogwalking by DayangDeno

$
0
0


Cara penyertaan :
1- Like fanpage -->> 
2- Follow blog -->>  www.dayangdeno.com
3- Tajuk entri bebas. Copy banner di atas dan linkkan ke entri ini
4. Publish dan paste link penyertaan anda di ruangan komen 
5- Lima peserta bertuah akan mendapat limited edition doodle art button badge  :)

>> Doodle ART <<

**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 1 Mei 2014


Dah lama rasanya angah tak join segmen.Tetiba rasa nak join plak,jom2 ramai-ramai kita supprt Deno! Klik banner di atas ye!

Rampas Tudung Tiruan : Motif Sebenar

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa kecewa dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, selepas ada pihak mendakwa penghasilan tudung Fareeda tidak mengikut tuntuntan hukum Islam dan tidak berkualiti.
Menurut Fizo selaku Ketua Bahagian Pemasaran dan sebagai seorang suami, dia berhak tampil menjelaskan tuduhan yang boleh menjatuhkan kredibiliti isteri serta peniagaan mereka.
“Kami telah daftar paten, hak cipta dan hak milik tudung Fareeda ini sejak dari tahun 2008 dan 2009. Setiap kali tudung keluar, tak sampai seminggu dah ada yang tiruan. Dan lebih mengecewakan lagi siap menggunakan tagging Fareeda malah menggunakan gambar isteri saya sebagai model.
“Dari situ kita sudah lihat ianya 100 peratus meniru dan mengambil kesempatan. Pada saya mereka ini kurang bertanggungjawab dalam bidang perniagaan. Tidak salah kerana kami tidak menutup rezeki sesiapa pun malah saya galakkan lagi nak berniaga, sama-sama kita berniaga secara sihat.
“Tetapi kalau menciplak idea secara tidak langsung boleh menjatuhkan imej atau kualiti jenama tudung Fareeda sendiri kerana material dan harga sangat berlainan. Kami berbelanja lebih empat juta untuk promosi iklan di televisyen, papan iklan dan menerusi pelbagai program untuk mengangkat imej jenama dan paten Fareeda sendiri,” jelas Fizo Omar dipetik menerusi temubual eksklusif di Astro Awani.
Lebih mengecewakan, tuduhan itu semakin menjadi-jadi apabila Fareeda dan KPNDKK membuat rampasan di enam premis perniagaan yang meniru rekaan eksklusif Fareeda.
Sebanyak 1, 225 helai tudung jenis Fareeda Aisya dan Fareeda Mariya dirampas dengan anggaran nilai RM77 ribu yang dikatakan menutup periuk nasi peniaga lain.

KOMEN ANGAH :

No komen. 

Habiskan Baucar BB1M

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Baucar yang angah dapat adalah sebanyak RM250. Sebagai seorang pelajar muzik,bagi angah baucar buku tak bermakna sangat,sebab angah bukannya perlukan buku,tetapi angah perlukan alat muzik. Setakat ini angah tak mampu lagi nak beli alat muzik yg angah nak sebab harganya menjangkau ribuan ringgit.
Berbalik ke cerita asal,baucar yang angah dapat,angah gunakan RM50 yang pertama dengan membeli buku cerita hantu. Angah beli time angah dengan kawan2 angah yang lain hangout ke Putrajaya
Baucar yang selebihnya angah simpan sampailah cuti semester. Dan beberapa hari yang lalu,angah dah berikan baucar kepada adik-adik angah untuk guna dan beli barang-barang mereka seperti alat tulis,buku latihan,buku rujukan.
Bila adik-adik angah beli,kira-kira balik semuanya tak cukup RM200,jadi angah kena tambah buku-buku lain pulak.Jadi angah dapat pilih dua lagi buku untuk masuk dalam koleksi angah.


5 Gelombang Pembawa Bencana Yakjuj Makjuj


Asrama 


Kacau


Misteri Koyaknya Baju Nabi Yusuf A.S


Misteri Dunia : Rahsia Di Sebalik Rahsia

Gambar-gambar diatas adalah buku-buku yang menjadi koleksi buku angah sehingga kini. Kalau dilihat dari pada genre buku,angah sememangnya seorang yang sangat sukakan buku yang bergenre seram dan misteri. Kalau novel,angah suka baca novel hasil tulisan Ramlee Awang Murshid ,sebab novelnya bergenre thriller.
Jadi,kesimpulannya, memberi baucar kepada keluarga sendiri adalah lebih baik daripada membeli sesuatu yang tidak bermakna. 

Seram : 4 Rumah Hantu

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera

 SERAM

Entry kali ini angah nak cerita tentang kisah angah ke tempat-tempat menyeramkan yang terdapat di Malaysia. Setakat hari ini,4 tempat yang menyeramkan sudah angah pergi.Apa yang angah nak ceritakan adalah pengalaman angah yang seram dan agak menakutkan.
Rumah Mona Fendi

Angah pergi ke rumah Mona Fendi pada penghujung semester pertama. Sebenarnya tak rancang pun nak ke rumah itu,tetapi memandangkan angah belajar di Shah Alam,rumah Mona Fendi juga di Shah Alam,jadi kami teruskan juga ke rumah Mona Fendi. Kami seperti tersesat untuk mencari jalan keluar apabila dua kali kami asyik berpusing di tempat yang sama. Selain itu,kelihatan seorang lelaki yang berada di bawah pondok payung di penghujung jalan itu. Lelaki itu seperti sedang menjaga sesuatu.Akhirnya kami dapat juga bergerak ke tempat lain selepas itu.
 ENTRY berkenaan Mona Fendi 1 | 2 | 3 | 4 |

Bukit Tungku
Angah pergi ke Bukit Tungku bersama rakan lain kerana mahu menghabiskan malam terakhir semester kedua. Memandangkan kawasan di Bukit Tungku terdapatnya banglo-banglo mewah serta banglo yang ditinggalkan,jadi kami bergerak ke kawasan itu. Beberapa kali pusing,kami seperti tidak dapat melihat langsung rumah banglo yang dicari.Akhirnya kami menjumpai sebuah rumah yang kelihatan gelap gelita. Kami turun daripada kereta dan bergerak ke rumah itu. Masing-masing diminta untuk berada di tempat yang berbeza. Apa yang angah dapat rasakan adalah,bunyi tapak kaki seseorang di kawasan semak,tetapi bila angah perhatikan,tiada sesiapa langsung.Mungkin itu hanyalah binatang atau bunyi daun jatuh.Akhirnya setelah bosan menunggu sesuatu,kami bergerak keluar daripada kawasan itu.


Gate Belakang Zoo Negara

Pada malam yang sama seperti ketika kami ke Bukit Tungku,kami teruskan perjalanan ke kawasan Zoo Negara. Dipercayai kawasan gate atau gerbang pintu belakang Zoo Negara merupakan tempat yang misteri. Setelah kami sampai ke kawasan itu, kami berpecah mengikut kawasan masing-masing. Apa yang angah dapat perhatikan adalah terdapat tali rentang seperti yang selalu kita lihat ketika kemalangan berlaku.Tali itu berpusing laju seperti terdapat anginyang kuat,sedangkan angah tak rasa angin langsung. Bila angah tengok atas,tidak terdapat langsung pokok yang bergerak seperti ditiup angin. Selepas beberapa minit,kawan angah menyuruh kami semua segera masuk ke dalam kereta dan bergerak keluar kerana dia menyedari kehadiran sesuatu.

Rumah Dr Frenzy

Rumah Dr Frenzy atau doktor gila terdapat juga dikawasan zoo negara. Kami bergerak ke rumah dr frenzy. Apa yang angah dapat lihat adalah,terdapat rumah yang berlampu berhampiran dengan rumah dr frenzy,jadi keadaan di situ tidaklah menakutkan. Kami semua turun daripada kereta dan bergerak ke garaj dr frenzy tersebut. Tiada apa yang menakutkan atau menyeramkan bagi angah ketika itu,tetapi selepas itu,kawan angah beritahu bahawa garaj yang kami pijak tadi itu adalah tempat dr frenzy menyimpan mayat anaknya. Terus angah rasa seram.

Sekian.


Promote Blog Mereka!!!

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah,siang tadi angah dah buat satu post di fanpage mencari link-link blog untuk dipromotekan. Sebanyak 26 blog telah angah dapat daripada post tersebut di fanpage.Jadi sekarang adalah masanya untuk kita blogwalking dan berkenalan sesama kita. Mungkin ada yang sudah berkenalan,tapi apa salahnya jika kita blogwalking!!??
  1. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/
  2. http://ceritamayapersada.blogspot.com
  3. http://justforfund.blogspot.com
  4. http://blogashalya.blogspot.com 
  5. http://walkstatic.blogspot.com
  6. http://bidadarikayangan90.blogspot.com
  7. http://qtbaekhyunn.blogspot.com 
  8. http://www.linieynor.com
  9. http://www.profhariz.com
  10. http://syahadasyuhada.blogspot.com
  11. http://www.cikguhailmi.com
  12. http://nurkhairiahirwanie.blogspot.com
  13. http://wafiremli.blogspot.com
  14. http://mulan-sahbanu.blogspot.com
  15. http://www.dayangdeno.com
  16. http:/amirahamer.blogspot.com
  17. http://hunyieda.blogspot.com
  18. http://strawberrysgurls.blogspot.com
  19. http://www.hawasyazanalee.my
  20. http://dia-honey.blogspot.com
  21. http://kisahhidupteto.blogspot.com
  22. http://dirax.blogspot.com
  23. http://cercitertashaqisha.blogspot.com
  24. http:/frhrn.blogspot.com
  25. http://madihahdaisy.blogspot.com
  26. http://eryati.blogspot.com 

Kepada anda yang tidak tersenarai,tidak mengapa,anda cuma perlu bersedia dengan update-update di fanpage. Angah hanya meminta link blog di fanpage sahaja!! Barulah fanpage itu bukannya sia-sia sahaja!! :D
KLIK sini untuk LIKE fanpage DJH

Sekian.

Tauge : Kesihatan dan Alasan

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cegah Kanser : Tauge yang merupakan jenis kacang hijau,alfafa dan sebagainya mengandungi banyak unsur-unsur fitokimia yang berkhasiat.Salah satunya ialah kanavanin(canavanine) iaitu sejenis amino asid yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia,usu besar dan pankreas.

Baik Untuk Wanita : Tauge juga mempunyai hormon estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sinteses.Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang,serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara,gangguan menjelang haid,simptom pro-menopaus dan gangguan akibat menopaus.

Lebih Subur : Tauge juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik,begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

Kurangkan Lemak : Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu tauge dalam hidangan seharian.Saponi di dalam tauge akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum,kadar saponinya meningkat sehingga 450%.


Buang Kotoran : Tauge yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usu besar. Apabila kotoran dihapuskan,tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh,ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat meransang sel kanser.

Lebih Muda : Tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.Secara kesimpulannya tauge merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Sebenarnya angah sendiri pun tak makan tauge. Bukannya apa,angah rasa macam alergik.Tambah-tambah bila angah makan mee goreng atau bihun goreng yang ada tauge.Angah akan letak tauge kat tepi pinggan,baru angah makan mee atau bihun tu. Bukan apa,sebab bila angah gigit tauge tu,angah rasa loya. Sangat-sangat tak sedap. Tapi bila fikir balik,makanan yang tak sedap tu adalah sangat berkhasiat.
In Shaa Allah selepas ini angah akan cuba untuk makan tauge. Kalau nak sihat,kenalah mencuba dulu kan?? Sekian. 



Wordless Wednesday 23 : Sekuntum Bunga

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sekuntum Bunga




Rojak Buah : Sakit Perut atau Berkhasiat?

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seronok rasanya bila ketika petang,dapat makan ROJAK BUAH bersama keluarga. Apa yang angh nak sampaikan adalah makan bersama family di waktu petang. Kalau berkelah macam tu,mesti best. 
Tapi sekarang macam susah nak kumpul satu keluarga.Sebab akak angah ada dekat Kuala Lumpur,adik angah seorang tinggal di asrama. Jadi tinggallah kami berempat. Bila kakak angah balik Kulim,angah pulak ada kat Shah Alam. Nampaknya hanya hari raya sahajalah masanya untuk kami semua berkumpul bersama. 






Apa yang angah suka tentang Rojak adalah kuahnya. Kalau kuahnya tak sedap,maka rojaknya tak sedap. Selalunya buah yang angah suka adalah buah jambu. Ubi sengkuang dengan nenas.Yang angah kurang suka adalah timun. Hehe.
Mak cik yang jual rojak berdekatan rumah angah selalu letak timun banyak-banyak dalam rojak yang dia jual. Kadang-kadang dia potong timun dalam saiz besar,buah-buahan lain pulak potong kecil-kecil.Mungkin buah-buahan dia tak cukup kut.*Bersangka Baik 




Anda suka rojak? Angah suka,tapi tak boleh makan selalu,sebab nanti sakit perut.Jadi kena banyakkan makan makanan berkhasiat :D


Boleh Ubah...

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera


"Tak semestinya seseorang yang mempunyai kisah lampau atau perbuatan buruk di masa lalu tidak boleh berubah."
Jangan menilai seseorang melalui apa yang sedang dilakukannya. Kadang-kadang anagh tengok ramai orang yang melihat kepada kisah lampau seseorang.Contohnya seorang makcik tua ini,bekas pelacur,tetapi sekarang sudah bertaubat dan semakin mendalami ilmu agama.Tapi masyarakat sekeliling memandang makcik itu sebagai seorang yang sangat keji.
Mengapakah mentaliti masyarakat menjadi sebegitu rupa? Tidak bolehkah kita turut membantu mak cik itu untuk berubah?? Ada orang yang dahulunya rajin ke masjib, alim dan akhirnya apabila pengaruh rakan sebaya , akhirnya dia juga tergolong dalam orang yang sesat.
Sebab tu angah pernah dengar seorang tokoh ni bercakap. Jangan nilai seseorang melalui kisah lampaunya. Tetapi nilailah seseorang itu melalui pekerjaannya sekarang. Tapi bagi angah buat apa nak menilai orang,kalau diri sendiri pun tak tau nilainya macam mana. 
 AURAT

Apa yang angah tengok adalah trend masa kini. Apabila ramai remaja perempuan yang berebut-rebut memakai tudung. Alhamdulillah ,itu suatu perkara yang baik. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah itu adalah kerana mereka mengikut trend. Ada jugak yang kononnya dipaksa oleh ibubapa.
Tapai tak boleh lawan lagi dengan pakai tudung litup,tetapi bahagian bawah ketat. Apa nak jadi? Mungkin tujuan utamanya nak tutup aurat, tetapi itu adalah balut aurat dan bukannya tutup aurat.
Jadi, di sini angah rasa perlunya mendalami ilmu-ilmu agama berkaitan aurat dan juga berkaitan dosa pahala. Kerana apa yang angah huraikan disini adalah salah satu pendapat angah sahaja. Mungkin ada yang benar,dan mungkin ada juga yang salah.
Sekian. 


Dunia Kucing : Comel

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dekat rumah angah,ada banyak sangat kucing.Jangan terkejut kalau angah katakan bahawa ada lebih dari 20 ekor kucing dekat rumah angah. Sebenarnya semua kucing ni bukannya angah bela.Cuma mereka hanya tinggal di rumah angah. Bila datang waktu malam,kucing-kucing ini ditinggalkan diluar.
Seronok bila tengok kucing-kucing ni gembira. Orang kata kalau kita buat baik dekat binatang,dia akan doakan untuk kita,betul tak?? Apa-apapun angah sayang kucing-kucing ni. Kenapa angah kata angah tak bela kucing-kucing ini? Sebab angah tak pernah mandikan diorang.Selain diorang akan tidur di luar pada wakktu malam.Cuma di waktu siang kucing-kucing ni akan tidur dalam rumah,sebab kat luar panas sangat. Bila datang waktu petang,diorang akan duduk kat pondok depan rumah angah,sambil bermain.


Kalau diikutkan sejak angah pindah ke Kulim pada tahun 2006,lebih 50 ekor kucing dah kami satu keluarga jaga. Ada yang mati kena langgar,ada yang kena penyakit.Dan yang paling sedih,ada orang curi,at last dapat tahu kucing tu dah dibuat makanan orang Myanmar.
Apa-apapun lebih baik angah layan dan belai kucing-kucing ini daripada membelai dan melayan seorang perempuan yang bukan mahram.Itu lagilah HARAM.
Sekian. 


Tazkirah Jumaat : Sayangi Allah & Rasul

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Jangan Sesekali Kita Sengaja Mengkhianati Allah dan Rasul"


Sebagai seorang muslim,janganlah kita khianat terhadap Allah S.W.T dan juga Rasullullah. Kadang-kadang ada manusia yang jenis suka menyekutukan Allah S.W.T. dengan perkara-perkara lain. Sebagai contohnya,bomoh. Masih ada lagi orang yang suka mempercayai bomoh daripada mempercayai kuasa Allah.S.W.T. Contoh yang terdekat adalah kehilangan MH370.
Selain itu,percayalah bahawa Allah itu MAHA KUASA. Allah mampu membuat segala-galanya. Dan apa yang pasti,segala kejadian yang berlaku adalah sudah ditentu dan dirancang oleh Allah. Allah takkan bagi ujian kepada hambanya di luar kemampuan hambanya sendiri.

Sekian. 

Tak ada Mood : Geram

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Anda tahu apa perasaan bila apa yang kita rancang,tapi akhirnya terpaksa dibatalkan??Disebabkan seseorang?? Angah dah malas nak cakap panjang,cuma angah penat nak fikir masalah sendiri.
Mood terus hilang. Betapa angah perlukan seseorang ketika ini.Betapa angah perlukan seorang peneman ketika ini. Angah rasa teruk sangat. Ohh no..Habis hilang mood untuk buat entry.Habis hilang mood happy terus bertukar jadi mood rosak.
:'( 

Viewing all 1569 articles
Browse latest View live