Quantcast
Channel: Aerill Hassan™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1569

Akaun Twitter Saya

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Anda ada akaun Twitter?

Sememangnya untuk remaja zaman sekarang,media social yang paling popular buat masa kini bukanlah Facebook. Trend sekarang ialah remaja menggunakan Twitter sebagai satu medium untuk berinteraksi sesama rakan dan juga kawan.
Angah juga turut sama mengikuti trend tersebut dengan mempunyai satu akaun Twitter. Untuk pengetahuan semua,angah mempunyai akaun Twitter sejak tahun 2010 lagi. Lama bukan? Walaupun dah lama angah mempunyai akaun ini,tetapi angah mula aktif hanya pada beberapa tahun selepas itu. 


Kadang-kadang angah lagi suka tweet sesuatu perkara dalam Twitter berbanding nak post dalam Facebook,sebab apa? Kadang-kadang orang tak perasan Tweet kita. Kalau update di Facebook berkemungkinan ramai orang akan tengok. Manakala di Twitter,ianya mungkin sekadar sekali pandang sahaja.
Walau bagaimanapun angah bukanlah pengguna tegar Twitter, mungkin dalam sehari,hanya satu atau dua Tweet sahaja yang angah buat. Sebab apa? Sebab angah rasa tak perlu nak tweet banyak-banyak. Kan?
Sekian. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1569

Trending Articles