Quantcast
Channel: Aerill Hassan™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1569

Kenapa Saya FOLLOW Sesuatu Blog itu?

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tak dinafikan bahawa ramai blog yang mengamalkan sikap ingin mencari FOLLOWER seramai mungkin.Apabila ramai Follower blog itu,maka blog itu boleh dikatakan hebat dan bagus. Tetapi,sedar atau tidak,jumlah Follower yang ramai langsung tidak menggambarkan apa-apa.Lantas,mencari Follower bagi pendapat angah adalah sesuatu yang tidak dikatakan sangat penting.


Kenapa Saya Follow Sesuatu Blog itu?




1. MENGIKUT KEHENDAK GIVEAWAY & SEGMEN - Kebanyakan syarat dalam Giveaway dan Segmen memerlukan kita untuk Follow beberapa Blog penaja. Tetapi bagi angah ,ianya adalah sesuatu yg adil,kerana mereka menaja hadiah atau barangan,jadi dengan menambah Follower maka itu adalah bonus buat penaja.
2. FOLLOW JIKA BLOGGER LAIN FOLLOW BLOG KITA - Kebanyakan blogger sering beranggapan bahawa jika ada blogger lain yg Follow kita,kita sepatutnya Follow balik blog itu. Tetapi  bagi angah sendiri,ianya bukanlah suatu kemestian. Sebab ada masanya kita tidak mempunyai masa untuk Follow kembali.
3. FOLLOW BLOG LAIN KERANA BLOG ITU BEST - Ini adalah perkara yang sering angah lakukan. Angah akan Follow mana-mana blog yang angah anggap blog itu menarik. Angah tak mengharap blogger itu akan Follow angah balik,cuma yang pasti angah hanya berminat dengan gaya penulisan blog itu.
4. FOLLOW BLOG ITU KERANA INGIN TAMBAH KAWAN- Ini adalah satu kemestian,dengan mengfollow blog lain,sudah semestinya blog itu akan tersenarai di dashboard blogger kita. Jadi,sudah semestinya kita kan mendapat input dan entry-entry terbaru dari blogger yang sudah kita follow.

Bagaimana pula dengan anda? Untuk pengetahuan semua,angah tidak pernah UNFOLLOW mana-mana blog. Semuanya angah Follow sejak dari dahulu lagi. Mungkin pada masa sekarang angah hanya akan Follow sesuatu blog itu sekiranya blog itu aktif dan menarik di mata angah. Tetapi angah juga akan Follow blog itu kembali sekiranya blogger itu ada menyatakan bahawa dia telah Follow angah di Shoutbox.
Bagaimana pula dengan anda? 
 
 
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1569

Trending Articles