Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Blogger mana yang tidak kenal dengan satu syarikat pengiklanan yang terhebat iaitu Nuffnang!Sememangnya ramai blogger yang meletakkan iklan syarikat itu di blog mereka. Apa yang pasti,income mereka hasil daripada iklan itu sangat mashyuk,sampaikan boleh digunakan untuk tujuh keturunan. Cewah.
Alhamdulillah setakat angah menggunakan syarikat pengiklanan ini,adalah beberapa banyak simpanan. Angah rasa angah berblogging dengan syarikat Nuffnang ni sejak tahun 2011 kut. Dan yang lebih memeranjatkan angah adalah selama itu,belum pernah lagi satu pun Iklan CPUV yang melekat di blog angah ni.
Walau apa pun,angah tak berapa kisah sangat pasal Nuffnang punya income ni. Ye la,walaupun angah tak pernah cash out,sebab duit tak pernah cukup. *haha. angah rasa itu adalah rezeki. Selagi Allah SWT kata bukan rezeki angah lagi,jadi itu bukan rezeki angah lagi.
Pernah juga angah beralih arah dengan syarikat lain,tetapi tak lekat lama,sebab angah rasa Nuffnang lagi famous kut. Kadang-kadang angah rasa bosan jugak dengan Nuffnang. Rasa jeles bila tengok blogger-blogger semua pakat update pasal CASH OUT Nuffnang.
Mungkin suatu hari nanti,baru angah akan dapat Cash Out kan? Apa- apa pun,terima kasih Nuffnang.
Sekian.