Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Cuba kau tengok dia tu,setiap kali exam mesti dia boleh skor.Aku jeles dengan dia.Tengoklah suatu hari nanti,aku curi buku-buku dia,at last dia tak boleh nak study..hahahah.."
Pernahkah anda berjumpa dengan orang yang sebegini rupa?Jenis yang mendengki terhadap orang lain?Inilah orang yang paling dibenci angah sendiri.Apabila berhadapan dengan orang macam ni,kita semestinya perlu berani untuk pertahankan hak kita sendiri.
"Aku nak sabotaj kedai sebelah aku ni.Nanti pelanggan-pelanggan dia lari,datang kedai aku.Kahkahkahaah.."
Kemis yang iri hati terhadap orang lain.Sebenarnya persaingan yang ada sebaiknya dilakukan secara positif.Bersaing secara positif.Itulah yang terbaik.Kadang-kadang bila angah berhadapan dengan orang macam ini,untuk kali pertamanya angah rasa macam nak berputus asa,tapi angah sedar bahawa orang macam ni tak patut dilayan.Dia cuma tidak dapat merasa apa yang kita rasa.
Kalau angah jadi orang tu??
Kalau angah jadi orang tu,angah rasa lebih baik angah majukan diri berbanding sabotaj orang lain.Orang yang kita sabotaj tu mungkin akan lebih berjaya selepas itu,kita pulak??Masih ditakuk yang sama??
Usaha Tangga Kejayaan
Tanpa usaha tiada sesiapapun mampu berjaya.Sedangkan nabi pun berusaha untuk sebarkan agama inikan pula kita yang tidak seberapa ini.Percayalah kejayaan itu ada pada setiap orang,cuma lambat atau cepat serta dilakukan dengan usaha atau pun tidak.
Sekian.