Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ibu,emak,ummi.Semuanya adalah panggilan untuk orang yang sama.Orang yang telah melahirkan kita,menjaga kita dan membesarkan kita.Yang sangat sayangkan kita sebagaimana sayangnya dia terhadap dirinya sendiri.
Kadang-kadang terfikir ,sanggup hantar ibu sendiri ke rumah orang tua-tua.Mengapa?Tak mampu nak menjaganya lagi??Begitu susahkan hendak menjaga ibu sendiri?
Anak derhaka?Mungkin tidak selagi ibunya tidak mengatakan sebegitu.Tapi bagi angah sendiri,perbuatan seperti itujelas menunjukkan bahawa sayang mereka terhadap ibu tidak seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri.
Angah terbayang tiap hari,apa yang ibu angah sedang lakukan.Apa yang ibu angah masak,semuanya angah terfikir.Memandangkan angah tinggal jauh dari rumah.Setiap kali angah call,mesti akan timbul rasa rindu yang teramat sangat.
Melihat kepada apa yang terdapat dalam gambar di atas.Jelas menunjukkan kasih sayang antara ibu dan anak.Biarpun ibunya telah mati,anaknya masih meminum susu ibunya.Betapa sedihnya hati ini
Manakala gambar ini pula menunjukkan betapa sayu dan pilunya hati ibu kucing ini apabila melihat anaknya mati satu persatu.Sangat sedih.Jelas menunjukkan bahawa kucing sebetulnya mempunyai perasaan yang lebih bersifat kemanusiaan berbanding manusia itu sendiri.
Sayangilah ibu anda,selagi mana dia masih hidup.Jika dia sudah tiada,doakanlah supaya dia tenang di sana. :)