Quantcast
Channel: Aerill Hassan™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1569

Alam Pekerjaan vs Alam Belajar

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Beberapa hari ini , aku rasa sangat letih. Letih dari segi kurang tidur. Dalam jangka masa seminggu yang lalu , ada beberapa hari yang aku tidur lewat iaitu tidur pada pukul 4 pagi dan bangun pada pkul 7. Berapa jam sahaja yang ada untuk aku tidur?
Semuanya adalah gara-gara assignment yang bertimbun-timbun. Untuk pengetahuan anda semua , sekarang adalah di minggu yang ke 5 daripada 14 minggu dalam semester kali ini. Di waktu sebeginilah banyak kerja-kerja diberikan , kuiz, presentation dan juga persembahan perlu dilaksanakan.
Sememangnya seronok waktu belajar , sebab kita dapat rasa bagaimana menjadi pelajar. Selain itu , ianya sangat berbeza berbanding ketika sedang kerja. Pengalaman aku berpraktikal pada bulan Februari telah mengajar aku bahawa menjadi seorang pekerja adalah sangat susah kerana kena bangun awal , menempuh traffic jammed, kemudian balik lambat. Sememangnya ia pengalaman ngeri yang akan aku hadapi kelak.
Jadi , aku harap di masa sedang belajar ini , aku dapat memanfaatkan keseronokan yang takkan dapat diterima lagi apabila sudah masuk ke alam pekerjaan. Macam semester ini , dlam seminggu hanya ada satu hari sahaja yang kelas bermula awal pagi , hari yang lain bermula di sebelah petang dan membolehkan aku bangun lambat.

Sekian. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1569

Trending Articles