Quantcast
Channel: Aerill Hassan™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1569

Praktikal di Istana Budaya

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Mungkin ada antara anda yang perasan bahawa aku sudah jarang menulis sejak seminggu yang lalu. Kalau ada pun , hanya entri wordless wednesday & tazkirah jumaat yang sememangnya adalah auto publish. Ya, punca utama aku jarang update entri panjang lebar adalah kerana aku sekarang ini sedang praktikal di Istana Budaya , Jalan Tun Razak , Kuala Lumpur.

Sebenarnya subjek praktikum ini adalah di dalam semester 5 iaitu semester yang akan datang pada bulan Mac nanti. Tetapi, telah menjadi kebiasaan pelajar muzik untuk mengambil & membuat praktikal pada cuti semester 4 iaitu cuti sebelum masuk semester 5.
Ada beberapa tempat praktikal yang dibolehkan untuk semua pelajar Muzik untuk berpraktikal , tetapi aku sendiri memilih untuk praktikal di Istana Budaya. Nak jumpa artis? Mungkin itu adalah bonus tetapi yang lebih mengujakan adalah orkestra simfoni kebangsaan yang berpangkalan di situ.
Walaubagaimanapun , aku masih lagi mencuri masa untuk menulis di dalam blog ini di waktu malam. Jika internet aku datanya banyak , maka aku akan update blog. Jika data kurang , terpaksalah di tunda kehari yang lain. 
Akan aku cerita lagi berkenaan praktikal di entri berikutnya.
Sekian,terima kasih. 
 
 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1569

Trending Articles