Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi , kerana akhirnya angah telah pun habis pengajian untuk semester 4 ini. Baru sahaja sebentar tadi ,angah telah menghantar assignment terakhir , dan itu bermakna tiada lagi apa2 yang tinggal melainkan result yang akan datang.
Tak sangka , akhirnya 14 minggu berakhir sudah. Semester yang senior cakap paling senang , tetapi bagi angah sendiri semester ini merupakan semester yang paling penat.Sebab apa ? Sebab ada beberapa subjek yang perlu berlatih , di tambah lagi dengan subjek membaca , dan kemudian ada subjek kena perform, di tambah lagi dengan subjek yang mempunyai assignment.
Apa - apa pun , ini bukannya lagi penamat. Masih ada satu lagi semester yang patut angah hadapi. Semester akhir! Ya! Semester akhir merupakan semester yang paling menakutkan. Sebab apa?
Nanti angah ceritakan..